ɢᴀᴅᴀɪ ɴʏᴀᴡᴀ ꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ᴊɪʀᴀɴ ᴛᴜᴀ, ʀᴇᴍᴀᴊᴀ ᴍᴀᴜᴛ ᴍᴇʟᴇᴄᴜʀ ᴅɪᴀɴɢᴋᴀᴛ ꜱᴇʙᴀɢᴀɪ ᴡɪʀᴀ ɴᴇɢᴀʀᴀ

Seorang remaja Iran yang men1nggal dunia kelmarin diangkat sebagai wira negara selepas tindakan beraninya menyelamatkan dua jiran wanita yang terper4ngkap dalam kebakaran di kediaman berhampiran di bandar Izeh.

Memetik laporan Iran Press, Ali Landi bertarung nyawa selama dua minggu di unit raw4tan rapi (ICU), hospital Isfahan akib4t melecur iaitu sebanyak 90 peratus sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dalam satu kenyataan memuji tindakan remaja berusia 15 tahun itu yang disifatkan sebagai ‘kisah pengorbanan’ yang perlu dimasukkan dalam bahan pembelajaran di sekolah supaya memberi inspirasi kepada generasi lain.

“Kemati4n trag1s anak muda Ali Landi, seorang remaja yang bersemangat, sangat menyedihk4n dan memiluk4n. Nama remaja yang berani dan bersemangat untuk menyelamatkan dua nyawa akan didaftarkan di kalangan wira negara ini,” katanya.

Memetik laporan Anadolu Agency, kerajaan telah meminta pengawai di hospital agar memberikan rawat4n terbaik kepada Ali selain menanggung semua kos perbelanjaan. Namun, Allah SWT lebih menyayanginya.

Diberi penghormatan tentera

Kisah itu tular di media sosial dan pemergian remaja terbabit mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang kagum dengan,

keberanian Ali yang sanggup bergadai nyawa bagi menyelamatkan seorang wanita berusia 80-an dan anak perempuannya.

Sumber: Iran Press , Anadolu Agency , Twitter Via Borak Daily