ʙᴀʟᴜ ᴀʀᴡᴀʜ ʟᴏʟᴏQ ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ ᴊᴜᴀʟ ʀᴜᴍᴀʜ ᴛᴀɴɢɢᴜɴɢ ᴄᴜᴋᴀɪ ʀᴏʏᴀʟᴛɪ

Saya panik dan terus iklan jual rumah kerana terpaksa menanggung cukai arwah. Kenapa tuntut selepas hampir 10 tahun?”

Begitu lah luahan kekecewaan balu Allahyarham Rosli Khamis (Loloq), Hariah Yaacob berkenaan isu surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diterima tahun lalu.

Menurut Hariah, sebagai ibu tunggal dia tidak mempunyai pendapatan, jadi dia tidak mampu untuk membayarnya melainkan dengan duit penjualan rumahnya di Petaling Jaya seperti dipetik The Malaysian Insight.

“Selepas arwah meningg4l pada 2008, saya menerima royalti arwah namun sepatutnya dikeculikan cukai kerana kami cuma pewaris sahaja.”

Malahan perkara itu sudah dibawa ke meja perbincangan LHDN tetapi mereka berkeras untuk menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Masalah yang dihadapi Hariah itu mendapat perhatian senator, Yusmadi Yusof yang berpandangan seniman yang sudah m3ninggal dunia wajar diberi pelepasan cukai terhadap royalti mereka.

“Royalti dapat pada balu tetapi ia dikenakan cukai kerana secara perundangan ia dikira pendapatan. Bagaimanapun ia membebankan bagi balu yang tiada pendapatan,” jelasnya mengharapkan ker4jaan mengambil kira isu sebegini.

Jadi, apa pendapat anda, wajar atau tidak royalti mereka yang meningg4l dunia dikeculikan cukai?