ʟᴇʙɪʜ ʀᴀᴍᴀɪ ᴊᴇᴍᴀᴀʜ ʙᴏʟᴇʜ ᴅᴀᴛᴀɴɢ ᴋᴇ ᴍᴀꜱᴊɪᴅ

Baru-baru ini, tular kisah jemaah tidak dapat masuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat baru-baru ini kerana telah cukup kuota. Perkara,

ini pastinya menjadi perhatian pihak berkuasa agama di Malaysia. Ramai tidak puas hati kerana tidak dapat memasuki masjid.

Berita ini pasti akan membuat ramai lebih gembira. Menerusi akaun Facebook Dr. Mohd. Izhar Ariff, pendakwah yang juga pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

beliau berkongsi maklumat bahawa jumlah jemaah di masjid dan surau Negeri Selangor telah ditambah. Kuliah-kuliah juga telah dibenarkan secara bersemuka. Berikut dipetik hantaran di Facebook beliau :

Alhamdulillah jumlah jemaah di masjid dan surau negeri Selangor telah diluaskan dan kuliah-kuliah sudah boleh bersemuka..Syukur.. Terima kasih Jabatan Agama Islam Negeri Selangor,

Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam Selangor yang bersungguh-sungguh untuk tujuan ini…Lepas ni pasti masjid dan surau penuh dan melimpah sampai tak ada tempat setiap lima waktu solat sebab ramai yang rindu nak ke rumah Allah.

Merujuk kepada ayat-ayat terakhir tersebut, pasti beliau sedang mengajak dan menggalakkan lebih ramai jemaah datang ke masjid. Beliau juga berkongsi gambar kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan pertambahan jemaah tersebut.


Diharapkan dengan pembukaan masjid kepada lebih ramai orang ini dimanfaatkan sebaiknya oleh para jemaah dan dapat menimba ilmu dengan bersemuka dengan para ilmuan. Semoga lebih banyak kemudahan akan dibuka selepas ini.

Syukuri yang sedikit, maka lebih banyak nikmat Allah akan beri. Wallahu a’lam.

Semoga bermanfaat.

Sumber : FB Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff