ᴀɴᴀᴋ ᴀᴜᴛɪꜱᴍᴇ ʏᴀɴɢ ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪᴋᴀᴛᴀᴋᴀɴ ʟᴜᴀʀʙɪᴀꜱᴀ ᴀᴘᴀʙɪʟᴀ ʙᴇʀᴊᴀʏᴀ ᴍᴇɴɢʜᴀꜰᴀʟ 30 ᴊᴜᴢᴜᴋ ᴀʟ-Qᴜʀᴀɴ ᴅɪ ᴜꜱɪᴀ ʟᴀᴘᴀɴ ᴛᴀʜᴜɴ, ᴋʜᴀᴛᴀᴍ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴛᴇᴍᴘᴏʜ 6 ʜᴀʀɪ

Anak Autisme Yang Boleh Dikatakan Luarbiasa Apabila Berjaya Menghafal 30 Juzuk Al-Quran Di Usia Lapan Tahun, Khatam Dalam Tempoh 6 Hari

Jika dilihat pada luaran, tidak ramai yang menyangka kanak2 berusia 11 tahun ini merupakan penghidap autisme.

Disebabkan masalah itu, Muhammad Ammar Qayyim masih berperangai keanak-anakan seperti kanak-kanak tadika.

Dia bukan sahaja masih memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan menyusu botol ketika tidur malam, malah, perwatakan dan tutur katanya seperti kanak-kanak berusia lima atau enam tahun.

Umur 8 tahun dah hafal 30 juzuk

Namun, Allah itu Maha Besar. Dalam setiap kekurangan, adik Ammar Qayyim dikurniakan dengan satu kelebihan luar biasa yang tidak semua ada.

Bayangkan, seawal usianya 8 tahun, dia sudah mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Ibu ayah tak kenal erti putus asa

Bagi pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin berkata, kebolehan Ammar Qayyim sebenarnya datang daripada sokongan ibu bapa yang tida pernah berputus asa.

“Saya tahu, mungkin kanak-kanak autisme seperti Ammar Qayyim ada kerenahnya termasuk sukar ke sekolah, tetapi ibu bapanya mempunyai kesabaran tinggi menghantar anak mereka menuntut ilmu,” katanya.

Khatam dalam masa hanya 6 hari

Kagum dengan kelebihan anak istimewa itu, meskipun tidak normal seperti kanak-kanak lain tetapi dia mampu membaca 30 juzuk Al-Quran dalam masa hanya enam hari.

“Alhamdulillah, walaupun perangainya masih kebudak-budakan, anak ini berjaya buktikan kemampuannya membaca dari juzuk satu hingga 30 selama enam hari dengan kesalahan 14 saja pada ujian program syahadah yang kita lakukan tahun lalu…”

Mengetahui kelebihan yang ada pada Ammar Qayyim, ibu bapanya menanam hasrat agar anaknya dapat menyambung pengajian dalam bidang tahfiz tahap syahadah.

Sumber: Harian Metro