ᴀʟʜᴀᴍᴅᴜʟɪʟʟᴀʜ.. ʙᴇʀꜱʏᴜᴋᴜʀ ᴍᴀꜱɪʜ ꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛ, ᴘᴇᴍᴀɴᴅᴜ ᴍʏᴠɪ ʀᴇᴍᴜᴋ ᴅɪʜᴇɴᴛᴀᴍ ɪᴏʀɪ ʙᴜᴋᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ

Lori pasir yang merempuh 5 buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh dua hari lalu sememangnya menggemparkan negara.

Paling diingati sudah tentu kondisi sebuah Perodua Myvi berwarna kuning yang remuk teruk.

RAKAMAN VIDEO PERBUALAN TELEFON ADA DI BAWAH SEKALI

Difahamkan, pemandu Perodua Myvi berkenaan berjaya dikeluarkan dari kereta atas bantuan orang ramai. Mangsa juga berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Oleh itu, menerusi TikTok seorang pengguna dikenali sebagai @firdaushshm, dia telah memuat naik perbualan dengan mangsa kemalangan tersebut yang menceritakan kondisinya sekarang.




Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Nik Adlee, dia telah menerima rawatan di hospital dan mengalami sedikit luka namun telah dijahit. Dia juga mengalami patah hidung dan mukanya bengkak sedikit susulan airbag pecah disebabkan hentakan kuat.

Nik Adlee mengakui sangat bersyukur umurnya masih panjang kerana kemalangan tersebut begitu mengerikan. Dia sempat menafikan dakwaan keretanya tidak mempunyai airbag seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Lelaki itu memaklumkan berasa lega kerana keretanya tidak meletup walaupun Myvi yang dipandunya sudah remuk teruk.

Setakat ini badannya masih berasa sakit kesan daripada kemalangan tersebut. Tambahnya, hanya bahagian pemandu sahaja,

yang tidak remuk kerana keretanya sudah total lost. Ia merupakan satu keajaiban dan sangat bersyukur Allah masih menyelamatkannya.

Ditanya tentang pemandu lori yang dipercayai dibawah pengaruh dadah, Nik Adlee memaklumkan yang dia tidak tahu lagi dan baru berpeluang untuk membuat laporan polis selepas discharge dari hospital.





Tonton Video di bawah

Untuk mendengar perbualan telefon Nik Adlee SILA TEKAN VIDEO BAWAH

VIDEO 1

VIDEO 2

VIDEO 3

Sumber: TikTok @firdaushshm