‘ᴅᴜʟᴜ ᴀᴅᴀ ᴡᴀᴋᴛᴜɴʏᴀ ꜱᴏʟᴀᴛ ꜱᴀʏᴀ ʟᴏᴍᴘᴏɴɢ’ – ᴀᴢʟᴇᴇ ᴅᴇᴋᴀᴛɪ ɪʟᴍᴜ ᴀɢᴀᴍᴀ & ʙᴜᴀᴛ ᴋᴇʀᴊᴀ-ᴋᴇʀᴊᴀ ᴀᴍᴀʟ

Pelawak Azlee Senario mengakui bahawa dia pernah alpa dan tidak mementingkan mengenai isu agama kerana terlalu sibuk mengejar,

hal dunia sehingga lupa saham akhirat. Kini, Azlee membuat keputusan untuk mendekati ilmu agama serta membuat kerja-kerja amal.

Azlee dekati ilmu agama dan buat kerja amal

Pelawak berusia 54 tahun itu mengatakan bahawa sejak pandemik Covid-19 berlaku, ia memberi satu rahmat dan peluang buat dirinya untuk mendekati Allah SWT.

Selama ini saya bukan tak pernah solat, tapi ada waktunya solat saya ‘lompong’. Sepatutnya sebagai umat Islam kita wajib menunaikan solat fardu lima waktu sehari.

Selepas menimba ilmu agama dengan seorang pendakwah, Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan solat fardu saya selain mengadakan bacaan taklim bersama isteri dan anak-anak.

Malah, saya juga belajar mengenai bagaimana untuk memantapkan iman di dalam dada. Saya ingin menjadi makhluk yang terbaik di sisi Allah.

Ujarnya lagi, dia berpeluang untuk mengikuti kerja-kerja amal sebanyak tiga kali sambil menyebarkan kebaikan agama islam dan mengatakan bahawa ianya adalah satu pengalaman yang cukup berharga buat dirinya.

Ikut Ustaz Ebit Lew dalam misi bantu dan belajar iman

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew (UEL) di Instagram, pendakwah terkenal itu meluahkan rasa gembira kerana Azlee berpeluang untuk turut serta dalam misi membantu dan belajar iman bersamanya sebanyak dua kali.

Di kampung Orang Asli, abang Azlee ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi.

Balik je dari beberapa hari bersama, abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Bulan ni je dah 8 hari abang beri untuk kerja ini. Tenang ye ustaz buat kerja begini. Bahagia je. Sejuk hati. Terasa banyak tanggungjawab kita.

Di rumah abang Azlee dah mulakan amalam Talim bersama keluarga. Rumah kita akan best sangat jika ada alaman bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW setiap hari bersama.

Sumber : Harian Metro , ebitlew/https://ohbulan.com/