ᴋᴀɴᴀᴋ-ᴋᴀɴᴀᴋ ᴛᴜʟᴀʀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴠɪᴅᴇᴏ ɴᴀꜱɪʜᴀᴛ, ᴀᴍɪɴɢ ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming yang tular kerana kepetahannya berkata-kata dilaporkan telah meninggal dunia, pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh gurunya Nasha Nur Harlinda menerusi Faceboook, sebentar tadi.

“Innalilahiwainnahirojiun. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Buat semua, doakan agar dipermudahkan segalanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nur Harlinda tidak memaklumkan punca kematian Aming.

Terdahulu, aksi si cilik ini sering mendapat perhatian di Facebook apabila videonya dianggap comel dan penuh dengan inti pati berunsur nasihat.

Sehingga kini, Facebook milik Aming dengan menggunakan nama Muhd Aming mempunyai lebih 100,000 pengikut dan video nasihatnya supaya,

mematuhi SOP memakai pelitup muka yang dimuat naik pada 27 Oktober tahun lalu mendapat 49,000 perkongsian dengan 1.4 juta tontonan.

Malah video itu turut diulang siar oleh pengguna Facebook lain termasuk Ismail Sabri pada 23 Januari lalu.