“ᴋᴇɴᴀᴘᴀ ᴍᴀʜᴀʟ ᴊᴜᴀʟ ᴋᴜɪʜ ꜱᴀᴍᴘᴀɪ 50 ꜱᴇɴ ꜱᴇʙɪᴊɪ?” ꜱᴇᴋᴀʟɪ ᴊᴀᴡᴀʙ ᴍᴀᴋᴄɪᴋ ᴘᴇɴᴊᴜᴀʟ ʙᴜᴀᴛ ᴘᴇᴍʙᴇʟɪ ɪɴɪ ᴛᴇʀᴋᴇᴊᴜᴛ ʟᴀʟᴜ ᴛᴇʀᴅɪᴀᴍ

“Kenapa Mahal Jual Kuih Sampai 50 Sen Sebiji?” Sekali Jawab Makcik Penjual Buat Pembeli Ini Terkejut Lalu Terdiam

KUIH Melayu tradisional pasti memikat selera sesiapa sahaja.

Bukan sahaja dihidangkan sebagai pemanis mulut semasa bersarapan atau minum petang bersama, malah ia juga sering menjadi pilihan untuk disajikan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih muih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai.

Selain rasanya yang enak dan lazat, proses pembuatannya juga sangat renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, kaedah penyediaan yang berbeza dan mengambil masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional ketika ini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, apatah lagi harga barangan keperluan di pasaran sentiasa meningkat.

Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun daripada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu

‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pegguna media sosial di Facebook.

Kenapa mahal sangat kuih ni Makcik?

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh.

“50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas,

tolak kos bahan sahaja. Tambahan lagi kos bahan bagi membuat kuih semakin hari semakin mahal. Tetapi harga kuih tetap juga sama.

Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Kisah Makcik membuat kuih berseorangan

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal.

Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Bagaimanapun ujarnya, hanya ada satu perkara yang membuatkannya terus bertahan untuk berniaga kuih muih.

“Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah.

“Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik? Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

“Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” tulis pelayar itu lagi sebagaimana luahan peniaga berkenaan.

Komen netizen yang turut sependapat dengan perkongsian pelayar berkenaan.

Tambah pelayar itu lagi, tindakan peniaga tersebut jelas memeranjatkan pelanggan wanita berkenaan, namun jawapan yang diberikan lebih membuatkan mereka terpana.

“Kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita. RM0.50 sebiji adik kata mahal,

tak mampulah tu,” tulis pelayar itu lagi sambil menambah, peniaga berkenaan kelihatan benar-benar ikhlas bersedekah.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mempertikaikan harga kuih-muih tradisional.

“Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual,” komen seorang netizen.

Wallahu A`lam

SUMBER/KREDIT : MSTAR ONLINE via Johodaily

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: