Masya Allah, 12 Tahun Mak Bersemadi Namun Kain Kafaannya Masih Elok, Jasadnya Masih Utuh Dan Tidak Berbau
Alhamdulillah selesai pemindahan ku bur mak. 12 Tahun mak pergi mengadap Illahi, jena zah mak elok, masih dlm keadaan Qiam. Kain ka fan mak tak koyak,
bantal dan tali masih ada manakala susuk badan mak jelas di pandangan mata kami yang menyaksikan, cukup sifat dan tak berbau, Allahuakhbar, Maha Suci Allah
Dia wanita yang lembut, tak suka mengata orang lain, tak suka mencer ca org lain, mak sangat mudah mengalirkan air mata, hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cer caan orang mak balas dengan senyuman dan air mata, Dengan suami mak bersabar.
Dan siapa sangka dalam kepadatan tanah perku boran Bukit Aalip, mak dapat dikebu mikan sebelah ku bor ar wah ayah, Maha Suci Allah.
Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’ – tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini.
Maaf andai perkongsian ini menjadi kalian tidak selesa tetapi jadikanlah ianya sebagai iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita, maaf dari saya insan yang jahil.
Pemindahan ku bor ini kerana tanah perku buran ini telah diambil bagi projek pembangunan, semua jena zah dipindahkan ke tanah perku boran mengikut kehendak waris.
Wallahualam. Cari redha Allah
Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia