ᴡᴀɴɪᴛᴀ ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ ꜱᴀʀᴀᴛ ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ ʏᴀɴɢ ʙᴀʀᴜ ᴅɪʙᴇʙᴀꜱᴋᴀɴ ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ ɪꜱʀᴀᴇʟ ᴅɪʟᴀᴘᴏʀ ꜱᴇʟᴀᴍᴀᴛ ʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ ʙᴀʏɪ ᴄᴏᴍᴇʟ

Tahanan penjara Israel yang baru sahaja dibebaskan, Anhar Al-Deek dilaporkan telah selamat melahirkan anak lelakinya yang bernama Alaa.

Anhar telah dibebaskan pada 2 September setelah satu kempen di media sosial yang mendesak supaya dia dibebaskan dari penjara berjaya dilakukan.

Desakan tersebut berjaya membuatkan pihak Israel mengalah dan membebaskannya dengan syarat dia berada dalam tahanan rumah serta membayar wang jaminan berjumlah 40,000 shekel.

Wanita yang berusia 25 tahun itu berasal dari bandar kafr Ni’ma di sebelah barat Ramallah dan telah dipenjarakan selama lima bulan atas tuduhan,

cuba melakukan serangan tikaman berdekatan pos penempatan haram, namun belum ada keputusan lagi dikeluarkan terhadapnya sehingga kini.

Dia juga turut dilaporkan mengalami kemurungan semasa dalam tahanan dan memerlukan rawatan khusus.

Sumber: Middle East Monitor sumbER: siakap keli