5 Bacaan Doa Selepas Solat Yang Anda Boleh Amalkan

Setiap dari kita yang beragama islam sememangnya di galakkan untuk membaca doa selepas solat. Ia adalah sebagai salah satu amalan sunat setiap kali selepas selesai solat fardhu atau solat sunat.

Justeru itu, semenjak dari kecil lagi kita telah di didik untuk mengamalkan bacaan doa selepas solat dan juga wirid. Lagipun, selepas solat adalah salah satu waktu mustajab untuk kita berdoa dan pada waktu inilah segala doa kita bakal di makbulkan oleh Allah S.W.T.

Sebab itulah, selepas selesai sahaja solat kita tidak di galakkan untuk terus bangun begitu sahaja. Sebaliknya, kita perlu berdoa dan berwirid terlebih dahulu.

Zikir Dan Wirid Yang Boleh Di Amalkan Selepas Solat Fardhu
Selain dari doa selepas solat, ada beberapa zikir dan wirid ringkas yang boleh anda amalkan setiap kali selepas solat Fardhu.

Ia bertujuan untuk kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan untuk mendoakan kesejahteraan Baginda. Antara zikir dan wirid yang boleh kita amalkan ialah:

1-Mulakan Dengan Membaca Istighfar sebanyak 3 kali:

“Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup beridir dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadanya”.

2- Baca Bacaan Berikut Sebanyak 1 Kali

Maksudnya:
“Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan.

Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”.

3- Baca Bacaan Berikut Sebanyak 3 atau 10 kali:

Maksudnya:
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu”.

Antara Doa Selepas Solat Yang Boleh Kita Amalkan
Bacaan doa selepas solat ada banyak jenis yang boleh anda amalkan. Ada yang ringkas dan ada juga yang panjangAntara bacaan doa selepas solat yang boleh anda amalkan ialah seperti berikut:

Doa Solat 1

Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmat-Nya dan memadai dengan penambahan-Nya.

Wahai Tuhan kami hanya bagi-Mu segala puji, sebagaimana pujian itu patut terhadap keagungan dan kemuliaan-Mu serta keluhuran Kerajaan-Mu”.

Doa Solat 2

“Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya.

Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian”.

Doa Solat 3

“Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani”.

Doa Solat 4

“Ya Allah, permohonan kami kepada-Mu semoga kami mendapat keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambahnya ilmu, keberkahan dalam rezeki, bertaubat sebelum mati,

mendapatkan rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati. Ya Allah, permudahkanlah (ringankanlah) sakaratulmaut kami, bebaskanlah kami dari azab neraka dan memperoleh keampunan ketika dihisab”.

Doa Solat 5

“Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya.

Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

Ada persoalan tentang doa selepas solat?? Klik sahaja di SINI

Baca Juga : Ayat Kursi : Makna Dan 5 Kebaikkanya Kepada Kita

Doa Abu Darda Yang Sangat Elok Jika Di Amalkan

Selain dari doa di atas, satu lagi doa yang elok untuk anda amalkan ialah doa Abu Darda. Doa ini adalah untuk memohon perlindungan diri dan keluarga. Bukan itu sahaja,

doa ini juga untuk memohon perlindungan harta benda dan juga untuk kita pagar rumah supaya terhindar dari anasir jahat.

Doa ini juga boleh di jadikan sebagai salah satu bacaan doa selepas solat terutama sekali boleh diamalkan selepas solat subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah. Doanya ialah:

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,

Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Ya Allah,

sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Doa Adalah Senjata Bagi Orang Islam Kesimpulanya, kita perlulah selalu membaca doa selepas solat. Ini kerana, doa adalah senjata bagi orang islam. Bukan itu sahaja, dengan berdoa sahajalah kita boleh memohon pertolongan kepada Allah S.W.T. Selain itu,

dengan mengamalkan membaca doa selepas solat dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Dalam pada masa yang sama ia menunjukkan kita seorang umat islam yang penuh dengan adab sopan.