Adik Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Razin Nik Mat Meninggal Dunia, Mari Kita Sama2 Sedekahkan Al-Fatihah

Adik Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Razin Nik Mat Meninggal Dunia

Pada 12 Februari 2015 lalu, umat Islam di Malaysia berduka cita dengan pemergian ilmuan tersohor, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas menteri besar Kelantan itu menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 25 hari dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat k4nser prostat.

Walaupun lebih lima tahun berlalu, kehilangannya masih lagi dirasai hingga ke hari ini. Dan pada hari ini, adiknya, Ustaz Nik Razin Nik Mat pula ‘pergi’ dijemput Ilahi.

Pemergian Almarhum Ustaz Nik Razin ini disahkan dan dikongsikan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi laman Facebooknya.

Rasa sedih menyelubungi suasana tatkala mendapat perkhabaran pemergian adik kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Almarhum Ustaz Nik Razin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Menurut perkongsian Haji Awang Hashim, Allahyarham yang menetap di Batu Rakit, Terengganu telah menghidapi sakit uzur sejak sekian lamanya sebelum disahkan meningg4l dunia pada pagi tadi. Difahamkan,

Allahyarham juga merupakan bapa saudara kepada Menteri Alam Sekitar & Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Bachok,

Nik Muhammad Abduh. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah dan Al-Fatihah.

Sumber: siakapkeli vs majalahharian.com

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih