“Ainul Mɑrdhiɑh Sudɑh Tiɑdɑ, Pemergiɑn Beliɑu Umpɑmɑ Hilɑngnyɑ Sebutir Bintɑng Yɑng Amɑt Berhɑrgɑ” – Cikgu Fɑrɑzi

Pulau Pinang : Ainul Mardhiah, tenanglah di sana. Moga ALLAH SWT tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh, Kami pasti akan sentiasa,

merindui celoteh dan gelak tawa kamu, kata Cikgu Farazi Razak yang merupakan guru sekolah arw4h adik Ainul Mardhiah.

Berkongsi cerita tentang arwah Ainul Mardhiah, dalam nada sebak, Cikgu Farazi berkata, pemergian pelajarnya itu disifatkan sebagai kehilangan sebutir bintang yang amat berharga.

Dia adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga, Pulau Pinang, yang cukup sempurna di mata semua orang,

Suka tersenyum, ringan tulang dan sentiasa membuat orang lain gembira dengan gelak tawanya, Tapi sekarang, Cikgu Farazi gagal menghabiskan ceritanya.

Atas dasar kasih sayang seorang guru terhadap pelajarnya, Cikgu Farazi berkongsi kisah Ainul Mardhiah menerusi hantaran di Facebook pada 5 November lalu.

Kisah yang menyentuh hati itu pastinya akan menjadi kenangan terindah buat Cikgu Farazi sampai bila-bila, Seperti yang dipetik dalam tulisan beliau.

Ainul, coretan biasa ini cikgu abadikan di Facebook cikgu, agar setiap tahun ia akan jadi memori kenangan kita belajar dan mengajar,

Ikuti perjalanan Ainul Mardhiah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, 5 November lalu.

Langkah kaki aku masuk ke rumahnya lemah seolah tidak berpijak,Ainul Madhiah, cikgu tunai janji cikgu untuk tetap berjumpa Ainul walau apa pun terjadi, sekarang cikgu tunaikan.

Suara sebak berkumandang dihadapan susuk tubuh berwajah tenang tidak berny4wa seperti lena tidurnya tanpa gangguan dan aku nampak senyumannya.

Suara aku sebak, air mata jantan aku mengalir, ego lelaki aku jatuh dihadapan ibunya, saudaranya dan orang ramai yang berziarah tanpa mampu ditahan.

Aku suarakan segala luahan dari hati aku sebagai guru di hadapan ibu arwah serta penziarah-penziarah yang lain.

Aku beritahu penuh sebak Ainul langsung tiada dosa dengan kami malah kami bangga memiliki pelajar sepertinya.

Sekitar pukul 6 pagi tadi, aku menerima panggilan telefon dari ibu Ainul Mardhiah, pelajar sekolah aku mengatakan anaknya sedang tenat.

Ainul hampir dua minggu lebih ditidurkan kerana penyakit yang aku sendiri pun sukar untuk menyebutnya. Tapi sebelum ini Ainul pernah terkena jangkitan C19.

Mungkin itulah punca antibodinya semakin lemah dan kuman mula menyerang paru-paru dan buah pinggangnya.

Sebelum ini, ketika Ainul mengadu sakit bila batuk dan sebagainya, aku segera hubungi Penolong Kanan 1, meminta pendapat dan segera kami hubungi KKM untuk membawa Ainul ke hospital.

Ketika Ainul di hospital, abangnya sentiasa memberi info terkini keadaan Ainul pada aku untuk aku hebahkan kepada semua guru yang merindui kelibatnya.

Ketika peringkat awal Ainul dikuarantin, aku sentiasa berwhatapps bertanya khabar dengannya.

Kadang-kadang aku suruh dia pakai elok-elok sebab aku nak bervideo call dengannya.

Rutin aku di sekolah dan luar sekolah bila dengar mana-mana pelajar sakit, aku akan bertanya keadaan dan melawat. Tapi apalah daya aku ketika musim PKP C19 dan hidup dengan SOP, maka aku gantikan dengan video call.

Sambil berbual aku selitkan sesuatu yang lucu sebab aku hendak bagi Ainul ketawa. Tetapi tiga minggu terakhir ini, Ainul semakin teruk hingga terpaksa beberapa kali ditidurkan.

Aku dan Cikgu Mohd Zulfadli Jusoh berikhtiar dengan membuat bacaan Yasin secara dalam talian bersama warga sekolah agar urusan Ainul dipermudahkan.

Pagi tadi, lepas beberapa minit ibunya hubungi aku, kali ini abangnya pula hubungi aku sekitar jam 6.40 memberitahu Ainul pergi untuk selamanya. J4ntung aku berdegup kencang seolah tidak mampu terima kenyataan ini.

Ainu sudah tiada pergi dijemput ilahi berakhir sudah deritanya, Keluarga guru guru rakan rakan sudah kehilangannya. Al fatihah. Info penuh oleh Cikgu Farazi Razak.

Sumber: padumedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih