Al Fatihah. Isteri KepadaLagenda BadmlntonNegara, DatukMlsbun Sidek Menlnggal Dunla

PETALING JAYA – Isteri kepada lagenda badminton negara, Datuk Misbun Mohd. Sidek menghembuskan nafas terakhir, malam ini.

Khabar d.uka itu dimuat naik laman Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia yang memaklumkan Allahyarham Datin Latifah Sidek mening.gal dunia sebentar tadi.

“Sama-sama kita panjatkan doa dan sedekahkan al-Fatihah semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang disayangi-Nya jua. Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga,” ujar hantaran tersebut hari ini.

Bagaimanapun, punca k.ematian tidak dimaklumkan.

“Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

“Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah,” kata MSN menerusi ciapan Twitternya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia MOM, Tan Sri Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziahnya menerusi Twitternya.

“Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah,” kata Norza.

Sebelum ini, Latifah dimasukkan ke wad di H.ospital Kuala Lumpur HKL kerana positif C0VID 19.

Allahyarham dan Misbun mendirikan rumah tangga pada tahun 1987 dan dikurniakan enam anak, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin.

Kredit : BH