Asif Menang Kategori Artis Komedi Popular, Tapi Komen Biad4p Lelaki Ini Dikec4m Netizen.

Bagi anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi dan kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.

Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja vdeo yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.

Disebabkan lawak spontan beliau itu juga membolehkan beliau tercalon kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Kemuncaknya Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang Artis Komedi Popular ABPBH tahun 2021.

Namanya mula ‘trending’ melalui filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu, Syahmi Sazli yang mencetuskan fenomena pada era pndemik COVlD-I9, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan.

Asif yang mengalami autisme, menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.

” Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara… Semualah. Kalian terbaik!.

” Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini,” katanya yang ditemani sepupunya, Syahmi pada Malam Kemuncak ABPBH 34.

Ditanya apakah kemenangan itu akan mengubah sikapnya, Asif menafikan perkara itu.

” Sama sahaja… Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri.

” Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM arahan Syahmi, tidak lama lagi.

Ketika tampil mengambil trofi secara langsung, Syahmi di lihat mengiringi Asif dan mengigatkan Asif untuk memberi ucapan kerana masa yang di berikan hanya 5 saat sahaja.

“Selamat pete, selamat male”

Tampak gugup, Asif terus spontan memberi ucapan berikut kepada peminat beliau.

Kemenangan yang penuh kejutan itu menyaksikan Asif mengalahkan empat calon lain iaitu Ain Edruce, Atu Zero, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.

Selain kemenangannya, ucapan lima saat yang disampaikan pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi, 19, itu turut mencuri perhatian netizen.

” Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam terima kasih banyak-banyak, mari sini, atas pentas” katanya yang turut ditemani aktor Syahmi Sazli malam ini.

Paling mencuri tumpuan apabila Asif dilihat berjalan agak laju di atas pentas dan terus menuju ke arah tempat mikrofon tanpa mengambil trofi terlebih dahulu.

Keadaan menjadi agak kelakar ketika itu sehingga memaksa Syahmi Sazli menarik tangan Asif. (lihat vdeo di bawah).

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kemenangan Asif

“Tahniah asif n syahmi yg byk membantu,ank2 istimewa ni”

“Samat pete, samat malee. Terima kasih datang majlis ini”

“Hahaha. Lucu bah dia ni. Tahniah Asif. Molek”

“Alhamdulillah thniah rezeki Asif”

Komen Biad4p Lelaki Ini Buat Netizan Naik Angin

Namun begitu, terdapat satu komen dari netizan yang meninggalkan komen lebih bersifat menghin4 terhadap Anak Istimewa tersebut sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati dari orang ramai

‘Asif, anak istimewa layak menang’

“Tahniah Asif Suhaimi. Terima kasih banggakan rakyat negeri Kelantan.”

Itu antara ucapan netizen yang paling banyak membanjiri media sosial malam ini selepas Asif Suhaimi memenangi kategori Pelakon Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular ABP ke-34 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Rata-rata netizen terutama peminat pelakon filem Mael Totey menyifatkan Asif layak memenangi anugerah tersebut.

Bahkan ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Syahmi kerana menjadi individu penting membawa Asif ke layar perak.

“Rezeki anak istimewa, terima kasih Syahmi kerana mencungkil bakat Asif,” ucap seorang pengguna Facebook.

“Tahniah buat Asif, anda wakil kepada semua anak istimewa,” kata seorang lagi netizen.

Sebagai info, Asif merupakan seorang penghidap austime dan bakatnya mula dicungkil sebagai pelakon dalam video pendek, Drama Spontan juga arahan Syahmi sehingga tular.

“Dia lawak bukan kerana dia seorang pelawak. Tp keistimewaan dia membuat kita terhibur. Setiap apa yg dia lakukan sgt jujur dan ikhlas ” balas seorang pelayar

“Terima Kasih Semua”- Syahmi

Dalam pada itu Syahmi mewakili Asif mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi Asif sehingga berjaya merangkul Artis Komedi Popular

“Terima kasih semua yang mengundi Asif sehingga berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular ABPBH34.”

“Terima kasih juga yang mengundi Mi sehingga dapat Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular & Gandingan Serasi Filem. Walaupun tak menang, kita cuba lagi nanti.”

“Tak lupa juga yang mengundi Yoe ketika pencalonan Top 20 walaupun Yoe tak berjaya lepasi Top 5. Tahun depan, kita cuba untuk Yoe pula.”

“Insyaallah, kita jumpa di Anugerah Meletop Era bulan 1 ni pula kalau ada rezeki. Mi tercalon 3 kategori dalam AME. Artis Baharu Meletop, Bintang Filem Meletop & Filem Meletop.”

“TERIMA KASIH SEMUA!”

Terdahulu, filem Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.

Filem yang mula ditayangkan pada 22 Oktober tahun lalu itu dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.

Pembikinan filem berkenaan juga menarik perhatian kerana kos menghasilkannya hanya kira-kira RM400,000 yang dibiayai Syahmi sendiri.

Kenali siapa Asif

1) Pemilik nama sebenar Mohd Asyiff Suhaimi.

2) Berasal dari Kelantan.

3) Berumur 17 tahun (2019).

4) Merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff yang berusia 16 tahun, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Keseluruhannya, beliau mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.

5) Penghidap masalah mild autisme.

6) Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.

7) Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot ‘Drama Spontan’ yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli, 24, menerusi Youtube.

Fakta Menarik

1) Asif Terkenal dengan trademarknya yang berbunyi, “Tak gurau Mi”.

2) Hanya mengenali nilai wang kertas RM1.

3) Kebiasaannya tidur di siang hari.

4) Dibayar RM200 bagi setiap video lakonannya. Bagaimanapun Syahmi turut membantu beliau dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaian.

5) Akaun Instagram Asif yang menggunakan nama @asifsuhaimi02 kini di bawah seliaan kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.

Sumber:bharian dan iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: