Baca Istighfar, Cara Mudah Sedekahkan Pahala Buat Mak Ayah Yang Telah Tiada

Tanggungjawab anak-anak kepada mak ayah bukan hanya semasa hidupnya sahaja. Malah, anak boleh sedekahkan pahala kepada mereka walaupun telah meninggal dunia.

Sebagai seorang anak yang baik, bukan setakat membaca al fatihah, ada pelbagai cara untuk bahagiakan mereka di alam sana.

Sebagai anak, kita masih boleh berbakti kepada mak ayah bukan semasa hayatnya masih ada. Tetapi, boleh diteruskan sampai bila.bila. Lebih-lebih lagi apabila mereka telah tiada, ini sahajalah yang mampu kita (seagai anak) lakukan.

Kerap kali yang kita dengar bahawa tiga amalan yang tidak akan putus pahalanya dan salah satu adalah doa daripada anak-anak yang soleh untuk mak ayah.

Seperti yang dikongsikan oleh Saira Yusuff tentang pahala istighfar seorang anak yang diberikan untuk mak ayahnya yang telah tiada. Moga ia memberi syafaat kepada mak ayah yang telah tiada untuk bahagia di alam sana.

Sedekahkan Pahala Dengan Istighfar

Pahala istighfar dari anak, bahagiakan mak ayah yang telah meninggal dunia. “Walaupun mak ayah dah meninggal, seorang anak masih boleh berbakti kepada arwah ibu bapa.

Bagaimanakah caranya?

Cara yang paling mudah melalui istighfar sebanyak-banyaknya. Lagi-lagi anak yang tidak punya apa-apa untuk disedekahkan bagi pihak ibu dan ayah mereka.

Laluan mudah yang Allah berikan untuk seorang anak berbakti,
Jika ada harta bersedekah dengan rezeki harta, diniatkan pahalanya kepada arwah.

Jika ada ilmu maka bersedekah dengan rezeki ilmu, niatkan pahalanya kepada arwah.

Jika tiada ada apa-apa maka perbanyakkanlah beristighfar kerana istighfar seorang anak amat membantu ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah.

Seperti sabda Hadis Nabi SAW : “Sesungguhnya , Allah mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba Allah itu berkata, “Wahai Allah, dari mana aku mendapat kemuliaan ini? Allah menyatakan, Disebabkan oleh ISTIGHFAR anakmu untuk kamu .” ( HR Ahmad )

Bukan saja Istighfar sebanyaknya, jadilah anak yang baik.

Kesimpulan jadilah anak yang baik dan perbanyakkanlah melakukan kebaikan kerana sesungguhnya kebaikan yang kita lakukan menjadi bukti yang kita terlalu menyayangi mereka.

Bahkan ini juga bukti kita menyesali di atas salah silap yang kita pernah lakukan sebelum ini. “Kita ingin menebusnya dengan melakukan kebaikan demi kebaikan dengan harapan dosa kita tidak dibebankan ke atas mak ayah kita yang telah pergi buat selama-lamanya.

Anak soleh ialah yang tidak pernah lupa untuk mendoakan ibu bapanya.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua.

Jom kita mula istighfar dan hadiahkan kepada mak ayah.

MW: Inilah cara untuk kita berbakti kepada mak ayah walaupun mereka telah tiada. Moga roh mak ayah yang kita sayangi itu dicucuri rahmat. Aamiin.

Sumber: Saira Yusuff