Baru 3 tahun, kanak-kanak alami masalah cleft lip dan palate cleft sudah 5 kali dibedah… rupa-rupanya rawatan berlarutan sehingga 17 tahun!

Sekali imbas dia kelihatan sama seperti kanak-kanak lain.
Namun disebalik wajah riang kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun ini,

tak ramai tahu kisah dan perjuangan anak ini yang dilahirkan dengan masalah cleft lip dan palate cleft (kec4cat4n pada bibir dan lelangit).

Bercakap kepada mStar, ibunya, Iylia Khasim, 34, berkata Muhammad Hafiy Mohd Tajuddin disahkan mengalami bilateral cleft lip, iaitu kec4cat4n pada kedua-dua belah bibirnya, dan palate cleft ketika masih dalam kandungan.

“Masa kandungan usia 27 minggu nak buat scan 4D sebab ingat anak kedua ini perempuan, tapi bila scan doktor beritahu lelaki.

“Lama juga lah baby nak tunjuk muka, doktor tanya tahu ke anak cleft? Saya jawab tak tahu, lepas tu spontan je saya cakap kat doktor tak apa sekarang ramaj pakar bedah plastik kat Malaysia,” ujar ibu kepada dua anak lelaki ini.

Iylia yang turut mengalami unilater cleft lip, iaitu kec4cat4n hanya oada sebelah bibirnya berkata, dia bagaimanapun tidak berasa patah hati apabila diberitahu mengenai keadaan anaknya.

“Masa doktor beritahu pasal keadaan Hafiy saya memang tak sedih, yang sedih sebab hati harapkan anak perempuan, tapi saya tetap bersyukur sebab doktor kata Hafiy tak ada masalah kesihatan yang lain.

“Bila Hafiy lahir doktor ada ambil darah untuk hantar ke makmal untuk tengok genetik, doktor kata bukan sebab faktor keturunan, doktor sendiri pun tak tahu puncanya,” katanya yang menetap di Terengganu.

Menurut Iylia, anaknya itu terpaksa disusukan menggunakan botol susu khas untuk kanak-kanak yang mengalami masalah ini.

“Lepas scan doktor bagi surat untuk refer ke Hospital besar untuk rawatan lanjut, bila dah tahu pasal keadaan Hafiy saya mula cari maklumat pasal cleft dekat Facebook, Google…

Alhamdulillah ada jumpa satu group di Facebook, salah seorang ibu kemudian invite saya masuk group Whatsapp cleft, di situ saya belajar cara susukan dan penjagaan bayi yang ada masalah ini.

“Hafiy kena tunggu susu khas, doktor tak bagi guna puting sebab puting buat baby cleft cepat penat, berat pun akan lambat naik, kalau dekat Hospital Terengganu selagi ibu tak pandai bagi anak susu guna botol khas mereka tak dibenarkan balik.

Botol susu khas yang digunakan ibu-ibu yang mempunyai anak cleft
Hafiy mula menjalani rawatan untuk membetulkan semula bibir serta lelangitnya seawal usia dua bulan dan setakat ini kanak-kanak itu sudah menjalani pembedahan sebanyak lima kali.

” Doktor yang rawat Hafiy kata gusi dia terlalu tinggi, kalau nak bedah terus risiko terkoyak tinggi, jadi doktor pakaikan acuan dulu untuk bantu turunkan gusi.

“Masa tu Hafiy dua bulan, masuk wad untuk buat acuan gusi, selepas dua minggu acuan siap, masuk wad buat kali kedua untuk pasang acuan pada 27 julai 2018.

“Getah pada acuan perlu ditukar dua minggu sekali, dalam mut Hafiy juga ada tujuh skru,” katanya, yang mengambil upah menjahit dan menjual splint guard, iaitu alat untuk mengelakkan anak-anak cleft daripada memasukkan jari kedalam mulut.

Hafiy perlu memakai acuan untuk membantu turunkan bibirnya.
Hafiy melakukan pembedahan ketiga, iaitu bagi menarik bibirnya pada 28 April 2019.

“Doktor buat tiga langkah, mula-mula doktor buat pembetulan permulaan pada lelangit, kemudian buang skru acuan dan pembedahan pada bibir Hafiy,”

katanya sambil menambah kos rawatan Hafiy sewaktu dia berusia lima bulan sehingga 18 tahun ditaja oleh Ronald Mc Donald Charity House.

Hafiy menjalani rawatan untuk menarik bibirnya
Menurut Ilyia, anaknya turut dirujuk kepada pakar pertuturan dan telah disahkan tidak mengalami masalah untuk bercakap.

Jelasnya, anak bongsunya itu masih perlu menjalani beberapa peringkat rawatan lagi.

“Bulan Oktober tahun lepas Hafiy buat pembedahan masuk grommer (tiup kecil) untuk buang cecair belakang telinga, Alhamdulillah tiup dah tertanggal sendiri, sekarang ni follow up dengan pakar pembedahan plastik pun satu tahun sekali.

“Untuk pembedahan seterusnya gusi, sebab gusi dia terbelah, dalam umur sembilan tahun keatas, masih banyak peringkat lagi, umur 17 tahun untuk buat batang hidung.

“Rawatan kanak-kanak cleft ni memang sampai dewasa,” katanya sambil memberitahu anaknya itu juga perlu memakai pendakap gigi untuk meluruskan susunan giginya nanti.

Iylia juga dilahirkan dengan cleft
Setakat ini kos rawatan Hafiy mencecah RM350,000.

sumber : mstar