Berani kerana benar, lelaki mualaf ini rahslakan 7 bulan sudah peluk islam dari ibunya. Syabas PU Azman kerana membantu.

Keinginan menjadi insan lebih baik mendorong Muhammad Mugi Malik Abdullah memeluk Islam.

Namun, perjalanan awal Muhammad Mugi, 22, sebagai mualaf tidak mudah kerana berdepan rea ksi dingin daripada keluarga selepas berterus terang mengenai sta tusnya.

Muhammad Mugi sudah mendu ga perkara itu akan terjadi memandangkan dia individu pertama dalam keluarga memeluk Islam, tetapi tidak berputus asa dan menganggapnya sebagai uji an selepas bergelar saudara baru.

“Saya memeluk Islam pada 23 April 2019 iaitu dua hari sebelum Ramadan dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan Pencetus Ummah (PU) Azman secara dalam talian.

“Sebulan kemudian, saya daf tarkan pengislaman di Ma jlis Agama Islam Negeri Johor (MAI NJ), namun merah siakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga kerana terlalu awal.

“Selepas tujuh bulan iaitu ketika perayaan Deepavali, saya beranikan diri untuk memberitahu perkara sebenar dan seperti diduga, ibu (K Vasanthy) dan adik mar ah serta kec ewa dengan tind akan saya.

“Namun, saya cuba jelaskan alasan dan tidak henti berusaha memu juk mereka yang kini mula menerima keput usan saya ,” katanya ketika dihubungi Harian Me tro.

Muhammad Mugi berkata, hatinya mula terbuka untuk mendalami ajaran Islam sewaktu berada dalam situasi buntu memilih hala tuju kehidupan ketika berusia 17 tahun.

Menurutnya, ketika itu dia belajar di sebuah seko lah beras rama elit di Kuala Lumpur dan terdetik memeluk Islam selepas menyedari banyak kesalahan dilakukan pada usia berkenaan.

“Sejak itu, saya perhatikan cara rakan Muslim di asrama menunaikan ibadah seperti solat dan daripada situ, timbul keinginan mendalami ajaran Islam.

“Pada mulanya, saya hanya belajar mengenai Islam dan konsep ajarannya melalui YouT ube antaranya dengan menonton video penceramah bebas, Dr Zakir Naik,

tetapi ada juga bertanya dengan rakan dan mereka tidak lokek berkon gsi ilmu ,” katanya yang baru menamatkan penga jian Diplo ma Kulinari di Ko lej Pengu rusan dan Hospi taliti Malaysia (MHCM), Johor Bahru.

Selepas tiga tahun mendalami ilmu agama, Muhammad Mugi akhirnya nekad memeluk Islam pada 2019.

Katanya, hasratnya itu dipermudahkan selepas diperkenalkan seorang rakan dengan PU Azman.

“Kami tidak pernah bertemu, tetapi berkenalan selepas saya menghantar kiriman mesej kepadanya (PU Azman) di Inst agram (lG)

“PU Azman tidak memaksa, tetapi bertanya terlebih dulu adakah saya yakin dengan Allah dan terus menawarkan diri membantu (mengislamkan) selepas saya menyuarakan keinginan memeluk Islam.

“Kiranya, saya memeluk Islam dengan kerelaan sendiri dan proses itu dilakukan menerusi panggilan video dan terjadi pada hari sama saya menghantar mesej kepada PU Azman.

” Jujurnya, saya berasa puas selepas mengucap dua kalimah syahadah dua kali di hadapan PU Azman kerana sudah tiga tahun menanti saat itu dan akhirnya, doa saya dimakbulkan,” katanya.

Muhammad Mugi bersyukur kerana dapat menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa penuh pada tahun berkenaan dengan dorongan rakan.

Menurutnya, dia dapat belajar cara solat fardu dalam masa seminggu selepas memeluk Islam dan sesekali, cuba amalkan menunaikan solat sunat.

Mengulas video dimu at naik PU Azman di lG, Muhammad Mugi mengakui terkejut sebaik menerima hantaran tangkap layar por tal berita di laman sosial berkaitan kisahnya yang t ular kerana memeluk Islam.

“PU Azman meminta izin sebelum memu at naik video itu dan menyatakan niatnya berbuat demikian adalah untuk berdakwah.

“Maklum balas diterima amat positif dan saya terharu kerana ramai yang mendoakan.

“Terima kasih PU Azman, guru bahasa Arab Ustaz Fathyakan , keluarga dan rakan kerana mendorong saya untuk terus istiqamah serta menguatkan iman,” katanya.



sumber : hmetro