Betul Ke Kita Boleh Ucap “Innalillah” Kepada Bukan Muslim Yang Dah Meninggal Dunia, PU Azman Beri Penjelasan

Betul Ke Kita Boleh Ucap “Innalillah” Kepada Bukan Muslim Yang Dah Meninggal Dunia, PU Azman Beri Penjelasan

Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi serba sedikit ilmu mengenai ucapan Rest In Peace (RIP) di kalangan masyarakat yang sering diungkapkan apabila adanya kematian orang bukan Islam.

PU Azman ataupun lebih mesra dengan panggilan Cik Man menjelaskan menerusi sebuah posting di akaun Instagramnya tentang ucapan RIP boleh digantikan dengan Innalillah dan juga takziah.

“Gantikan RIP dengan ucapan Innalillah dan takziah. Takziah bukan doa untuk si mati.

“Tetapi lebih kepada memberi motivasi dan semangat kepada keluarga si mati yang masih hidup sebab dorang tengah bersedih,” tulisnya.

Persoalan itu ditanya netizen selepas kematian pelakon filem ‘Black Panther’, Chadwick Boseman yang meninggal dunia pada 28 Ogos lalu.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran dan semoga bermanfaat kepada sidang pembaca sekalian. Dipersilakan untuk kongsi kepada rakan-rakan anda yang lain.

Wassalam…

sumber: zayan via karteldakwah

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat