Bila Tokoh Ulama Hidup, Orang Tak Mahu Ikut! Bila Dah Mati.. Masa Tu Lah Kata Rindu Itu..Ini..

Bila Tokoh Ulama Hidup, Orang Tak Mahu Ikut.. Bila Dah Mati, Masa Tu Lah Kata Rindu Itu..Ini..

Ini adalah penulisan saudara Wan Syafiq;
“Saya tak tahu nak klasifikasikan post saya ni sebagai post politik atau islamik

Tapi saya nampak pattern masyarakat melayu islam secara umumnya lebih kurang sama saja..

Sepanjang saya hidup, ada ramai ulama yang pergi meninggalkan kita.. Cuma saya nak highlight 3 ulama ni je..

Ketiga-tiganya menerajui Politik.. Dan masa hidupnya orang dok kutuk macam macam.. Tak boleh percaya, kaki putar.. Munafik.. Pergunakan islam..

Tapi bila mati, Allah muliakan.. Betapa ramai orang rasa kehilangan.. Masa tu lah kata rindu itu ini.. Hmm?

== Pattern apa yang lebih kurang sama? =’=

Pattern yang saya maksudkan adalah.. Bila seorang tokoh atau ulama hidup.. Orang tak mahu ikut..

Bila ulama tersebut mati.. Dikatanya dah tiada lagi ulama begitu.. Saya nampak pegangan yang tak konsisten disini..

Contohnya masa Ustaz Fadzil Noor hidup, orang kata merapu.. Taknak ikut.. Bila dia mati.. Orang kata sayangnya.. Dah takde orang nak lead..

Padahal masa yang sama ada je ulama lain.. Nik Aziz contohnya.. Masa tu pulak orang hentam Nik Aziz.. kata itu ini.. Siap ada lukis kartun badan anjing kepala pula Nik Aziz..

Alasan taknak ikut sebab katanya perjuangan dah berbeza tak macam zaman Fadzil Noor..

Tup tup.. Nik Aziz pun pergi.. Semua sedih.. Beribu liputan.. Dimuliakan saat kematiannya..

Orang pun kata.. Sayangg.. Nik Aziz dah tiada.. tiada orang boleh jadi tokoh Islam macam Nik Aziz dah.. Padahal.. banyak lagi ulama di Malaysia yang konsisten perjuangannya macam Nik Aziz..

Ganti pula Harun Din ganti Nik Aziz.. Difitnahnya pergunakan agama.. Jual air jampi jadi jutawan.. Padahal dia setup Darul Syifa kat seluruh Malaysia.. Rujukan jutaan orang yang dalam masalah..

Kutuk kutuk.. Then Harun Din pula pergi.. Benda yang sama.. Matinya dimuliakan Allah.. Kehilangannya kuat terasa.

Orang pun kata, “Sayangnya dah tiada Harun Din.. dah tiada apa dah”.. Padahal banyak je waris ulama kat Malaysia ni..

== Sekarang? ==

Sekarang benda yang sama.. Ada ulama, pastu dikutuknya, di perlinya.. Post perli di media sosial lah itu ini.. Saya tengok mostly takde bukti kukuh.. Dikutuknya nya..

Walaupun pangkatnya dalam top 5 persatuan ulama dunia.. Tetap di kutuknya..

So nanti bila ulama sekarang mati.. Mula lah orang kata:

“Allah dah tarik sorang lagi ulama yang berjuang berpuluh tahun untuk Islam di Malaysia.. Tiada lagi dah yang boleh teruskan perjuangan”

Saya rasa seram bila orang kita kutuk perli ulama sesuka hati. Kalau tak setuju dengan strategi, saya tiada masalah.. Ini kutuk perli itu ini.. Waduh..

Ulama konsisten berpuluh tahun sentiasa berusaha naikkan islam.. Pagi petang siang malam dok bagi ilmu agama..

Bila berbeza pendapat terus kene kutuk.. Huish.. Ada yang maki.. Di cop nya itu ini..

Padahal berbeza pendapat tentang strategi.. Bukan berbeza aqidah pun..

Saya pun ada je ustaz politik parti itu ini yang saya tak suka.. Tapi tak berani oi nak hentam diorang semata-mata berbeza pendapat.

Diorang pagi petang malam orang panggil kongsi ilmu agama.. Kita kutuk terbuka ni tak ada rasa apa-apa ke?

Itulah pattern masyarakat melayu secara umumnya yang saya nampak.. Bukan semua.. tapi kita semua boleh nampak pattern tu..

Sama lah macam palestin.. Bila palestin kena serang gila-gila.. Time tu je boikot McD.. Siap pecahkan cermin outlet McD lagi.. Lepas tu senyap dah.. Penuh je balik..

Adakah tepat dari segi term kalau kata “Masyarakat kita lemah integriti?” huhu

Diskusi idea itu sasaran kita.. lagi banyak perbezaan pendapat bermaksud orang berfikir.. Bagus.. Cuma bila masuk caci maki ni dah terus tak best..

Umpama main badminton.. Kita lawan sama lawan.. Makin kuat lawan kita, makin seronok.. Tapi tiba-tiba bergaduh caci maki.. Dah tak best game badminton tu.”

Bukan kerna diri dimaki,
Tanda lesen kita mencaci,
Aku ingin idea yang diperdagang,
Bukan cacian senjata perang.

-Facebook : Wan Syafiq Wan Zahidi