Budak 6 tahun hilang di Bukit Jin, Sama2 Kita Doa Somga Dipermudahkan Segala Urusan Beliau

PEKAN BARU: Seorang budak perempuan berusia enam tahun hilang secara misteri sejak lima hari lalu di kawasan Bukit Jin, Kota Dumai, Riau.

Lapor Kompas.com, pasukan penyelamat Pekan Baru bersama puluhan penduduk setempat berusaha mencari Agnes Sofiani Wau.

Kedua-dua ibu dan bapanya turut melakukan usaha pencarian bersama petugas dengan meredah semak belukar dan kebun sawit.

Ayah mangsa, Hedarwin Wau, 32, berulang kali memanggil anaknya ketika operasi pencarian.

“Kamu di mana nak. Ayah dengan ibu sayang dan sudah menunggu kamu pulang,” ucap lelaki itu.

Ketua Seksyen Operasi Menyelamat SAR Pekan Baru, Jacky Chan berkata, pasukannya sedang melakukan pencarian di dalam kebun kelapa sawit dan kawasan semak samun di lokasi mangsa dipercayai hilang.

Jelasnya, Agnes bermain di rumah kawannya sebelum mangsa diajak bermain di Bukit Jin berdekatan Bandar Pinang Kampar Jalan Soekarno Hatta.

Mangsa dikatakan tiba-tiba hilang ketika bermain di kawasan semak.

Menjelang waktu Maghrib, ayahnya mencari anaknya, namun, tidak ditemui.

Disebabkan itu, ayahnya terus membuat laporan ke Polis Dumai bagi mencari mangs