‘Bukan Maksud Memb0dohkan Diri, Bahkan Merujuk Kepada Merendahkan Diri’ – Ustaz Ahmad Dusuki

Umum mengetahui, Prof Muhaya telah tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkannya berhubung isu jodoh lambat disebabkan wanita terlalu berdikari dan mengejar kerjayanya.

Di Instagram, pendakwah bebas iaitu Ustaz Ahmad Dusuki dipercayai menelefon Prof Muhaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung i$u berkenaan. Malah, beliau cuba berlapang dada dan berfikiran secara terbuka semasa mendengar penjelasan tersebut.

Merendahkan diri

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, maksud kalimah “bodo bodo skit” yang digunakan oleh Prof Muhaya itu bukan bermaksud membodohkan diri. Bahkan, ianya merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan dengan apa yang dimiliki.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Manakala,

perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat.

Di samping itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut berkongsi sepotong hadis mengenai jodoh. Hadis tersebut memberitahu bahawa wanita yang baik hanyalah untuk lelaki-lelaki,

yang baik dan situasi tersebut sama seandainya keadaan tersebut disebaliknya. Menjengah di ruangan, segelintir netizen bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

Terdahulu, Prof Muhaya memohon maaf atas salah faham mengenai perkara yang telah berlaku. Sementara itu, Prof Muhaya memaklumkan sekiranya ada individu,

yang ingin mengetahui keseluruhan mesej yang disampaikan dalam video tersebut, bolehlah menonton di Youtube Prof Muhaya TV bertajuk ‘CINTA & CITA-CITA’.

Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki

via Oh bulan