C0viD-19: Dr Noor Hisham Jawab Kenapa Kes Kematian Lelaki Lebih Tinggi Daripada Wanita

PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar kematian kaum lelaki akibat wabak COVID-19 di negara ini adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Ia termasuk faktor kehadiran jemaah lelaki di Himpunan Tabligh di Sri Petaling serta aktiviti kumpulan itu yang banyak berada di luar rumah.

“Persoalan kenapa lelaki yang meninggal dunia berbanding wanita, iaitu 75 peratus lelaki dan wanita 25 peratus. Dalam himpunan di Sri Petaling kebanyakan adalah lelaki. Kita dapati kes kematian paling tinggi ialah mereka yang hadir di Sri Petaling iaitu lebih 30 peratus. Itu satu faktor.

“Kedua, mungkin lelaki banyak aktiviti luar banding wanita. Namun yang pasti, mereka meninggal dunia 50 peratus adalah lebih 60 tahun ke atas jadi risiko dia semakin tinggi.

Lebih daripada 85 peratus daripada mereka yang meninggal dunia ada penyakit lain contohnya kencing manis, darah tinggi dan jantung,” tambahnya lagi.

Ujarnya, mereka yang mempunyai penyakit lain akan mempunyai gejala yang lebih teruk berbanding mereka yang tiada penyakit.

“Itulah antara faktor yang menyebabkan kes kematian lelaki itu tinggi,” ujar beliau.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat