“C4cat Penglhatan Sejak Lahir” Tapi 30 Juzuk Al-Quran Terpasak DaIam Ingatan

Minat dan juga kesungguhan merupakan kunci utama untuk berjaya. Tidak kiralah sama ada kita merupakan insan normal ataupun kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Jika kita mempunyai tekad yang kuat,

nescaya kejayaan akan diperoleh. Hal ini samalah seperti seorang pelajar berusia 17 tahun yang tergolong dalam kalangan cacat penglihatan sejak kecil yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa 4 tahun.

Hafal 30 juzuk dalam 4 tahun

Berkat keazaman dan usaha yang gigih, Adam Hussaini Mohd Rosli, 17 yang mengalami masalah penglihatan sejak lahir lagi telah berjaya menjadi antara 21 pelajar,

terbaik Syahadah sempena majlis Konvokesyen Himpunan Huffaz Permata al-Quran peringkat Nusantara di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

15 jam membaca & mempelajari al-Quran sehari

Menerusi Berita Harian, pelajar Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Hijrah Baling, Kedah ini memaklumkan bahawa akan memperuntukkan kira-kira 15 jam sehari untuk membaca al-Quran menggunakan Braille dan juga mempelajari bahasa Arab.

Adam yang juga anak kepada pasangan pendidik telah pun membuktikan bahawa walaupun mengalami masalah penglihatan sejak lahir lagi, namun dia beruntung kerana dikurniakan mata hati yang terang sehingga berjaya menjadi seorang hafiz.

Tahniah buat ibu dan bapa

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen Facebook sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas pencapaian yang diperoleh oleh Adam.

Mereka juga sangat tersentuh melihat kesungguhan dan juga kemampuan Adam sehingga berjaya menjadi hafiz al-Quran walaupun tidak mempunyai daya penglihatan seperti individu normal.

Tiada alasan untuk berjaya

Aku yang celik pun tak mampu

Sumber : Berita Harian, via Portal Islamik

Pihak Portal Islamik tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Oscar’s Oasis Ya.

Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: