“Cikgu, ada lelaki berbangsa Singh datang nak beli phone. Tapi dia cuma ada RM24 sahaja.

“Cikgu, ada lelaki berbangsa Singh datang nak beli phone. Tapi dia cuma ada RM24 sahaja. Saya dah cakap, kedai kita tak boleh hutang. Tapi dia merayu juga. Macamana ni cikgu?” tanya staff aku.
Terus aku keluar. Jumpa uncle ini.

“Encik tokey kedai ke?” tanya uncle ni. “Saya Cikgu Fadli. Apa cerita ni uncle?” soalku. Dia pun bercerita dia cuma driver grab. Dia tinggal bersama ibu yang berusia 72 tahun. Punya seorang anak usia 4 tahun setengah dan bercerai dengan isterinya.

Namun setiap hari dia akan ambil anaknya hantar rumah pengasuh, layan anak baik-baik dan tak pernah putus hubungan dengan anak itu. Kasih sungguh dia pada anaknya jika dengar dia bercerita.

Dikeluarkan wallet dan tunjukkan isi kandungan dalam wallet dia.
“Cikgu. Ini saja duit saya. Telefon saya rosak. Macamana saya nak bawa Grab. Boleh tak saya bayar ansur-ansur?”

“Kedai kami tak buat ansuran uncle”.”Kalau macam tu terpaksa saya cari along dan pinjam duit nak beli telefon. Telefon penting untuk saya buat kerja,” balas dia perlahan dan ingin berlalu. “Uncle. Tunggu. Uncle nak telefon mana?” Dia berhenti. Pandang mata aku.

“Saya tak ada duit”.”Nak yang mana?” tanya aku kali kedua.
“Yang paling murah, Redmi 9C tu dah okey dah”.”Faqih, ambil telefon tu dan setup untuk uncle,” arah aku pada staff.”Tapi saya tak ada duit cikgu”. Aku senyum dan berkata,

“Kedai saya memang tak boleh beli secara ansuran. Boleh bankrup kalau bagi semua orang hutang. Tapi saya manusia. Uncle manusia. Uncle terdesak dan perlu bantuan,

saya mampu tolong, mesti saya tolong punya. Uncle cuma perlu janji jangan tipu sama saya sahaja. Ada berapa lebih, bayar sikit-sikit.”

Bergenang mata uncle ini bila aku kata begitu. Merah matanya, bertakung kolam air mata. Dikeluarkan ic dalam dompet lalu berkata,

“Cikgu ambil saya punya ic pegang”. “Eh tak payah. Salah tu pegang ic orang. Nanti polis tangkap sama saya,” gurauku. “Kalau begitu ambil gambar ic saya. Saya takkan tipu cikgu,” balas uncle ini.

Aku senyum saja dan suruh dia simpan ic tu.Semasa dia nak beredar, aku suruh tunggu sekejap. Berlari aku masuk dalam bilik belakang dan keluarkan satu set kotak barangan dapur Dana Kita dan serah kat dia.

“Apa ini cikgu?”.”Saya urus satu NGO juga bantu orang susah. Dalam ni ada beras, minyak masak, sardin, gula, susu dan sebagainya. Bawa balik boleh masak dengan mak”.

Masa ni dia dah tak terkata apa dah. Terus mengalir air mata dia. Tak dapat ditahan lagi sebak didada. Alhamdulillah. Di kedai kami 2F Gadget sentiasa ada stok barang dapur untuk mereka yang memerlukan.

Syukurlah. Hari ini ada insan dapat bantuan lagi. Tak kisah dia bangsa apa, agama apa, asal mereka layak dan benar-benar memerlukan, aku pasti bantu semampu aku.
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh