Cipta Kebahagian Dengan Senyuman Dan Bukannya Dengan Air Mata. Ikuti Perkongsian Ustaz Ebit.

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat di negara kita dikejutkan dengan berita beberapa individu yang berpengaruh, malah berpengetahuan luas dalam agama namun mereka turut gagal dalam hal rumah tangga.

Yang menjadi tanda tanya masyarakat, keadaan si isteri yang ditinggalkan dalam keadaan sarat mengandung. Siapa kelak yang akan membela nasibnya sedangkan si suami sedang bahagia bersama pasangan baharu.

MENARIK PERHATIAN EBIT LEW

Dek kerana kehangatan isu ini, ianya telah mendapat perhatian penceramah yang terkenal dengan sikap lemah lembutnya, iaitu Ebit Lew. Seperti mana kita ketahui, Ebit Lew sangat merendah diri dan sering turun padang mendekatkan diri dengan golongan yang menghadapi masalah sosial.

Bercerita perihal isu rumah tangga, Ebit Lew akui ianya sesuatu mendukacitakan golongan isteri yang ditinggalkan dalam keadaan anak-anak yang masih kecil. Boleh dilihat dalam masyarakat kita sendiri ramai yang menghadapi masalah ini.

MUDA-MUDA LAGI SUDAHPUN DITINGGALKAN

Muda-muda lagi isteri telah pun ditinggalkan dan yang memilukan keadaan isteri sedang sarat mengandung. Suami meninggalkan isteri demi berkahwin lain sudah pasti ianya perkara yang sangat ditentang.

BERIKUT PERKONGSIAN ASAL USTAZ EBIT LEW:

“Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi tnggalkan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa program keluarga sunnah.”

“Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita berpisah kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. “

JANGAN BINA BAHAGIA DI ATAS AIR MATA ISTERI

“Saya berdoa Tuhan selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.”

“Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang porak peranda. Saya menangis kasihan mereka. Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. “

“Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Tuhan. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Tuhan. Percaya Tuhan sayang dan Tuhan pasti bantu.”

“Semoga Tuhan selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.”

ISTERI ITU AMANAH UNTUK DIPIMPIN

“Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Tuhan. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka tinggalkan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain.”

“Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian. Kkita sayang kerana Tuhan walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Tuhan. Lihat isteri. Kenangkanlah ibu kita. Kenangkan anak perempuan kita.”

GIVE AND TAKE

“Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan. Dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur. Tuhan sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Tuhan.”

“ Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Tuhan nak. Nikah itu amanah Tuhan.”

“Doa pada Tuhan, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Ar rijal lelaki pemimpin sebuah rumahtangga.” Tulis panjang lebar Ebit Lew di instagram miliknya.

Sangat indah bahasa yang disampaikan oleh Ebit Lew ini. Sangat dekat dengan masayarakat kita. Semoga para suami dan pasangan di luar sana dapat jadikan pengajaran dari penyampaiannya ini dalam menjaga sesebuah perkahwinan.

Bagi golongan isteri, tidak bermaksud mereka boleh sewenang-wenangnya berasa lega. Mereka turut tahu tanggungjawab dan kehendak agama dalam mengikut telunjuk suami. Baru lah masing-masing saling melengkapi.