Cua1 Sehingga L0ng T1ger Dapat Lari Dari ‘L0kap’, Empat Angg0ta P0lis Kini Dis1asat

Seorang lelaki berketurunan R0hingya dipanggil Long Tig3r kini diburu polis selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

“Suspek diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

“Beberapa angg0ta polis yang membawa susp3k ke mahkamah menyedari tertuduh sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar,” katanya dalam sidang akhbar, sebentar tadi.

Menurut Mohd. Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.

“Jarak suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan.

“Oleh demikian kita mohon kerjasama orang ramai yang terlihat svspek atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi polis.

“Bagi kes ini, beberapa anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi su$pek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian,” katanya.

Mohd. Fadhil berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.

Tambah beliau, tertvduh masih mempunyai status perbicaraan di Mahk4mah Sesyen Muar membabitkan kesal4han rog0l di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksa.an kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

“Susp3k seorang lelaki botak dengan ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram memakai baju pagoda serta berseluar coklat,” katanya

Sumber: utusan