Datang Dengan Berkerusi Roda, nenek minta doakan dia meninggal sempat ucap syahadah

Ebit Lew sebak, nenek minta doakan dia meninggal sempat ucap syahadah, Ustaz Ebit Liew, seorang pendakwah bebas yang aktif berdakwah kepada masyarakat.

Berbeza dengan pendakwah yang lain, Ustaz Ebit Liew mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyampaikan dakwahnya. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dengan Islam asbab dakwahnya.

Bukan hanya orang islam bahkan orang bukan islam juga senang dengan pembawaannya dalam berdakwah. Setiap bait kata-katanya sangat indah membuatkan jiwa tersentuh dan sebak.

Dalam perkongsian terbaru di IG, baru-baru ini ustaz Ebit telah menjalankan dakwah di Muar. Dalam majlis tersebut seorang nenek tua telah menghadiri majlis tersebut yang seterusnya menyatakan hasrat murninya.

Berkerusi roda pergi ceramah ustaz Ebit

Menerusi entrinya, warga emas itu berusia 80 tahun, menyatakan sangat meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz Ebit. Oleh kerana itu, meskipun dengan berkerusi roda, nenek itu tetap gigih menghadiri ceramah agama.

Sempat ucap syahada sebelum meninggal

Namun, apa yang menyentuh perasaan adalah permintaan nenek tersebut, apabila meminta agar ustaz Ebit mendoakan dirinya dapat menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan mulia dan sempat melafazkan dua kalimah syahadah.

Makcik ni minta doa dan nasihat supaya makcik nak meninggal dunia dapat ucap syahadah. Sebak dengar.

Indahnya sekiranya lebih ramai lagi orang seperti Ustaz Ebit Liew ni. Kita juga pastinya inginkan pengakhiran yang indah dalam hidup seperti nenek tua ini.

Semoga perkongsian ini memberikan inspirasi kepada sidang pembaca sekalian dan semoga kita semua mendapat hidayah dalam hidup. Semoga hasrat murni nenek ini juga dimakbulkan oleh Tuhan.

Sumber : Ustaz Ebit Lew via ohmymedia

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat