Derita ka̷ns̷er tahap empat, Rehany akhirnya pergi jua tinggalkan suami dan anak

KUALA LUMPUR – Pengidap kanser, Nurul Rehany Ramli yang mana video luahan suaminya, Mohammad Ezzemet Iswan Ismail akan setia menjaganya hingga ke akhir hayat meninggal dunia hari ini.

Berita itu disahkan Mohammad Ezzemet yang menyatakan isteri beliau menghembus nafas terakhir pada jam 10.30 pagi tadi di hospital swasta.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Karak pada jam 4 petang.

Selain suami, Nurul Rehany meninggalkan seorang anak lelaki, Ryo Muhammad berusia dua tahun.

Difahamkan minggu lalu, doktor menjangka Nurul Rehany mampu bertahan selama sebulan.

Dia yang berkahwin dengan Mohammad Ezzemet pada 2018 membuang kedua-dua payudaranya sebulan selepas bernikah namun setahun kemudian disahkan menghidap kanser paru-paru, tulang dan saluran darah tahap empat.



Sementara itu, video luahan Mohammad Ezzemet yang disiarkan di portal MalaysiaGazette pada 19 Oktober lalu meraih lebih 150,000 tontonan.

Selain itu, ramai yang turut menderma melebihi RM20,000 bagi membantu meringan beban rawatan Nurul Rehany di hospital. – MalaysiaGazette