“Dia Adalah Anugerah Allah. Wajib Layan Macam Mak Sendiri. Dia Yang Bertarung Nyawa Melahirkan Jodoh Kita”.

Selain dikurniakan anak ramai serta suami baik dalam rumah tangga, mungkin ramai wanita tidak menyedari bahawa penerimaan ibu mentua juga merupakan sebuah rezeki daripada Allah. Saban hari,

kisah rumah tangga yang menjadi retak gara-gara sikap ‘toxic’ mentua bukan lagi perkara mengejutkan. Entah secara kebetulan atau sebaliknya,

konflik berkenaan seringkali melanda menantu perempuan. Bahkan isu ini pernah diadaptasikan kepada drama bagi memberikan pengajaran kepada ramai orang.

Bukan semua orang dapat rasa

Dalam pada itu, seorang wanita bernama Firda Ashaary menerusi Facebooknya juga sempat meluahkan tentang isu ibu mentua ini. Baginya sendiri,

tidak semua wanita diberikan peluang untuk merasai nikmat mendapat ibu mentua yang baik. Sebelum mendirikan rumah tangga suatu ketika dahulu, Firda juga memanjatkan doa kepada Allah agar dikurniakan seorang ibu mentua yang dapat menerima diri seadanya.


Dia kirimkan aku mak mentua yang penyayang

Dalam pada itu, dia turut mengakui dirinya agak ‘tamak’ dalam mendirikan rumah tangga. Bukan sekadar memiliki hati Encik Suami,

namun dia juga berharap untuk memenangi hati ibu kepada cinta hatinya itu. Sehingga kini, dia bersyukur kerana ibu mentuanya bukan sahaja menyayangi dirinya malahan sudi berkongsi kasih dengan cucu-cucu juga.


Kita wajib layan macam mak sendiri

Sebagai menantu perempuan, Firda menitipkan pesan agar wanita di luar sana lebih memahami isi hati mentua yang mungkin masih ‘sukar’ melepaskan anak lelakinya. Mana tidaknya, anak yang dibesarkan sedari kecil kini perlu ‘dipinjamkan’

kepada orang lain. Pastinya hati ibu-ibu akan menjadi sayu apabila mereka perlu berkongsi kasih meskipun ia merupakan kitaran biasa dalam h!dup ini.


Sumber : Facebook Finda Ashaary