Dikompaun RM1,000 Sewaktu COD, Lelaki Ini Jelaskan Isu Surat Saman Yang Sedang Tular

Tular sejak semalam apabila terdapat seorang individu yang telah dikompaun sebanyak RM1,000 oleh pihak polis kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu mencari rezeki.

Dikatakan beliau pada ketika ini sedang dalam perjalanan menghantar tauhu begedil milik kawannya kepada para pelanggan. Nasib tidak menyebelahi beliau apabila beliau telah ditahan pihak polis dan dikenakan kompaun.

Menerusi gambar surat saman yang tersebar di media sosial, terdapat netizen nampaknya turut meluahkan kemarahan kepada pihak atasan yang dikatakan menindas orang ramai yang sedang bersusah-payah mencari rezeki.

Tidak kurang juga yang mengatakan mereka juga turut dikenakan kompaun atas kesalahan yang sama.

Beberapa jam selepas gambar surat saman dimuat naik, lelaki yang disaman tampil menjelaskan perkara sebenar di mana kesemua peniaga dibenarkan menjalankan bisnes penghantaran makanan secara COD atau cash on delivery.

Walau bagaimanapun, para peniaga hendaklah membawa permit bersama sewaktu menghantar makanan.

Beliau dimaklumkan telah disaman kerana gagal mempamerkan permit yang dibuat sebaliknya sekadar memaparkan salinan dokumen dalam telefon pintar secara softcopy sahaja.

Menerusi pengkongsian yang dibuat, beliau berharap orang ramai faham dengan penjelasannya. Beliau juga turut mengaku bersalah atas kesalahan yang dibuat manakala pihak polis juga sekadar menjalankan tugas.

sumber: thevocket

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat