Doa Elak Anak-Anak Yang Kuat Berg4duh, Amalkan dan Yakin Dengan Kebesaran Allah In Sha Allah dengan Izin Allah

Kanak-kanak suka berga duh sesama mereka, tak kira sesama rakan sebaya atau adik beradiknya. Sebagai ibu bapa, ini sedikit sebanyak memberi tekanan. Ada ibu bapa yang sudah melakukan pelbagai cara, namun anak masih suka berga duh dan tak makan nasihat.

Anak-anak saya juga berga duh antara mereka, tapi bukanlah berga duh yang bertum buk tu, berga duh sebab berebut macam-macam benda… mainan la, makanan la, tengok cerita la,

berebut selimut la.. boleh dikatakan semua benda la nak berebut..bila dah berebut tu, mula la si adik tu menjerit-jerit… hmmmm… stress jugak kadang-kadang dengan kerenah anak-anak ni..

Tapi tu la, anak kan amanah Allah untuk kita.. jadi ibu bapa mesti banyak bersabar dan berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi seorang hamba Allah yang terpuji.. salah satu nya jangan putus-putus berdoa kepada Allah s.w.t…

Doa itu senjata mukmin. Dalam mendidik anak, jangan kita abaikan ajaibnya kuasa doa. Hari ni saya nak share doa untuk menghalang anak kecil daripada berga duh. Mesti amalkan dan yakin dengan kuasa Allah yang Maha Mendengar masalah hamba-hambanya…

In Sha Allah semuanya dengan izin dariNya… Tidak rugi untuk kita terus berdoa dan berharap kepada Yang Maha Pencipta… Di bawah ditunjukkan cara dan amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa semua…

Amalkan membaca surah Al-Fatihah dan selawat untuk menghalang anak-anak dari berga duh. Ini diikuti dengan dengan bacaan surah al-Insyirah sebanyak tujuh kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah Ali-Imran serta doa berikut :

“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ”

Selepas itu hembus kedalam air untuk di beri minum kepada anak. Boleh juga dibaca dan dihembus pada ubun-ubun anak setiap malam. Berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kunci terbaik seorang hamba memohon hajat untuk diperkenankan.

Semoga anak-anak kita semua lembut hati dan kurang untuk berga duh antara mereka kelak.. Share artikel ini untuk manfaat ibu bapa yang lain juga… 1 kebaikan yang kita lakukan pasti akan digandakan oleh Allah s.w.t mungkin murah rezeki kita,

mungkin anak-anak kita anak yang soleh dan solehah, mungkin dipanjangkan usia kita, mungkin juga rumah tangga dan keluarga kita bahagia dan harmoni… semuanya dengan izin dari Allah s.w.t…

Terima kasih semua