Ebit Lew Tanya Nama Kanak2 Di Gaza Tapi Ada Seorang Ini Yang Senyap. Ditanya Kenapa Senyap, Ini Jawapan Ebit Terima

Pendakwah terkenal, Ebit Lew berjaya memasuki G4za, Palestiiin untuk meneruskan misi kemanusian dan mengagihkan bantuan kepada rakyat negara itu pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam Facebook beliau sebentar tadi.

Menurut Ebit, Kedutaan Malaysia dan Unit peris1kan Ten.tera Mesir memaklumkan mereka adalah pasukan pertama dunia dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang baru-baru ini.

Terdapat lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dengan sebahagian mereka berada di Mesir untuk menunggu masa dibenarkan memasuki Gaza.

Dalam pada itu, Ebit meluahkan sebak sebaik melangkah kaki ke Gaza dan memberitahu seolah-olah berjaya balik ke kampung sendiri.

“Mungkin daripada doa untuk rakyat Palestin, kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.

“Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent, ramai berebut untuk menyambut iaitu Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

Sepanjang masuk sempadan Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya beliau.

Ebit Lew Pelik Kenapa Kanak Kanak Ini Taj Jawab Jawab

Tadi ziarah beberapa keluarga yang susah dan memerlukan di Gaza. Saya shoping barang keperluan, makanan, dan mainan anak-anak. Bila berbual saya tanya nama.

Semua bagitahu nama masing-masing. Seorang ni tak jawab-jawab. Rupanya tak dengar dah lama. Sakit. Saya tanya ada bawa jumpa doktor. Ubat hanya ada di Mesir. Dan selepas itu perlu pembedahan di west bank.

Saya terus ambil nama jenis ubat tu. Nanti akan minta team Malaysia yang akan masuk dalam masa terdekat bawa ubat tu. Comel sangat adik tu. Maknya sebak menangis bila dengar ubat tu akan dapat dalam masa terdekat.

Team Malaysia yang akan masuk lagi akan dibawa @palestineredcrescent . Sebak bila anak kecil berlari-lari dan hanya ingin hidup yang tenang dan boleh majukan diri. Sukar peluang pekerjaan. Di b0m sampai 3 kali.

Hilang seorang demi seorang dalam hidup. Saya beri duit belanja dan hadiah buat keluarga yang diziarahi. Tak berhenti mereka doakan untuk kami.

Penduduk Gaza lembut dan baik sangat. Sifat dan akhlak mereka benar-benar terpuji Terima kasih DS @hishammuddinhussein atas segala bantuan. ALLAH sahaja yang membalas jasa dan bantuan Dato Seri” – Ebit Lew

Sebelum ini, Ebit dan rombongan bantuan kemanusiannya `terkandas’ di Kaherah, Mesir lebih sebulan sebelum berjaya memasuki Ga.za.

Dalam pada itu, Ebit mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang banyak membantu beliau dan pasukan terhadap misi kemanusian tersebut serta sering bertanyakan terhadap perkembangan misi bantuan itu.

Beliau juga menzahirkan junjungan kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama serta selalu bertanya khabar.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

“Terima kasih juga Palestin Palestine Red Crescent Society dan Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan,” katanya.

Sumber : Utusan Online / Ebit Lew FB