Hadiah Berharga Buat Hidup Saya, Remaja Iban Dipilih Allah Peluk Islam

Bagi kebanyakan mualaf, memeluk agama Islam, walaupun indah, mereka selalunya akan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan keluarga lebih-lebih lagi dari,

kedua-dua orang tua Bahkan kebanyakan mualaf akan dipandang hina dan dibenci oleh ahli keluarga berikutan keputusan untuk meninggalkan agama asalnya.

Dalam hati berkata Ya Allah saya ingin bukankan mata kat ayah dan mak tempat ini lah selama kita tak suka tempat ni jalan menuju ke jalan Allah dan melindungi kita di akhirat adalah agama islam pic.twitter.com/ZJBbskuRgE

— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 13, 2020

Baru-baru ini, perkongsian seorang remaja lelaki berbangsa Iban mengenai kisahnya yang memeluk Islam telah menarik perhatian ramai terutamanya di laman media sosial.

Setelah mendapat hidayah, lelaki bernama Ambros Jos Anak Shylevester Lingchai atau nama Islamnya Muhammad Nur Imran Abdullah memeluk Islam pada 15 Januari yang lalu.

Ni wajah saya Alhamdullilah esok nak pergi JAIS dan ,saya ada nama baru ya saudara2 ku semua saya ,nama baru saya Muhammad Nur Imran ♥️
.
saya nak berdoa banyak2 kepada yang support saya takda korang saya terus berada ditempat yg sama, yang kurang dari saya ajarilah saya 😇 pic.twitter.com/8gDOGMXboe

— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 14, 2020

Ni wajah saya. Alhamdullilah, esok nak pergi JAIS dan saya ada nama baru ya saudara-saudaraku semua,

“Nama baru saya ialah Muhammad Nur Imran. Saya nak berdoa banyak2 kepada yang support saya,

“Takda korang, saya terus berada di tempat yang sama. Yang kurang dari saya ajarilah saya,” katanya.

Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, dia akan ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bagi mendaftarkan nama baharunya.

Masih Merangkak Belajar Mengaji

Assalamualaikum dan Alhamdullilah untuk rezeki pagi ni dapat ilmu lagi selepas solat tadi dalam masa nak keluar ustaz panggil Imran meh sini jap ustaz,

bagi buku ngaji dan buku panduan solat Ya Allah terima kasih sangat dalam tu dah translate semua 😇 pic.twitter.com/2UJJnT2hpU

— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 15, 2020

Alhamdullilah Allah pertemukan kami di Surau Al-Hidayah Saya peluk semua semua orang2 syurga .saya dapat rasa begitu tenang surau,

nangis sebab kegembiraan tu terima kasih akak @Almelx dan abang ikhlas membantu permudahkan urusan saya😇I LOVE YOU ALL♥️♥️ pic.twitter.com/TN1sv0t4na

— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 14, 2020

Menerusi posting berkenaan, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada yang sudi menyokong kerana baginya, dia tidak akan sampai ke tahap itu tanpa ada sokongan mereka.

Tweet tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya memberi kata-kata nasihat dan berharap agar pemuda berkenaan terus beristiqamah.

Alhamdulillah bertambah seorang lagi umat Islam. Moga Muhammad Nur Imran terus istiqomah dan menjadi muslim yang berjaya didunia dan akhirat

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum,

menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.