Hadiah di Tanah Suci, MUA Bellaz hamil anak keempat – “Patut la tak lalu makan..”

Ikon tvtorial solekan di media soslal, Nur Nabilah Zulyadaini atau MUA Bellaz yang ketika ini sedang mengerj4kan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah memaklumkan dirinya hamil cahaya mata keempat.

Menerusi laman Faceb0ok, wanita berusia 29 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto bersama suami dan anak-anaknya meluahkan rasa syukur atas rezeki Allah SWT.

Bellaz berkata, persoalannya terjawab selepas tidak berselera untuk menikmati hidangan nasi Arab sebelum ini selain mendoakan individu yang masih menanti kehadiran cahaya mata agar dikurniakan zuriat satu hari nanti.

“Assamualaikum doa baik2, insya-Allah rezeki. Saya doakan yang mana belum ada zuriat insya-Allah tak lama dah, akan ada di dalam rahim ibu2 semua. Aminn.

“Allahuakbar. Patutlah tengok nasi Arab tak lalu nak makan,” tulisnya malam tadi.

Difahamkan, Bellaz hanya mengetahui dirinya berbadan dua setelah tiba di Tanah Suci menerusi satu perkongsian posting oleh suaminya Mat Nuart di laman Instagram.

Menurut Mat Nuart atau nama sebenarnya Anuar Ahmad, dia menganggap kehamilan isterinya itu sebagai hadiah sangat bermakna di Tanah Suci selepas ujian kehamilan ketika di Malaysia menunjukkan keputusan negatif.

“Alhamdulillah dengan rasminya Yusuf jadi abang. Masa di Malaysia cek negatif, rupanya Allah SWT tunjuk kekuasaannya di sini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

“Hadiah yang sangat bermakna di bumi Makkah, tiada daya selain pertolongan dan pemberian Allah SWT. Ya Allah dibumi yang barakah ini kau kurniakanlah zuriat buat umat Nabi Muhammad SAW yang belum Engkau berikan. Amin,” kongsinya.

Rata-rata mengucapkan syukur dan tahniah kepada pasangan berkenaan selain mendoakan agar urusan Bellaz sentiasa dipermudahkan sehingga selamat bersalin nanti.

Sumber: Facebook Make up by Bellaz , Instagram Mat Nuart