‘Hina Saya Boleh Sabar Lagi, Tapi Bila Kaitkan Ayah Yg Dah Meninggal..’ Luahan Hati Nur Janatul Selepas Jadi Mậngsậ Facḛshậming Ketika Live Makeup

Apa perasaan anda bila muka sendiri dikutuk atau diejek oleh orang? Sebenarnya, jika ada sesiapa yang berkatakan perkara tidak baik berkenaan wajah ini patut dilabelkan sebagai faceshậming.

Faceshậming adalah tindakan yang termasuk di bawah perbuatan body shậming, iaitu sama ada memberi komen, menghina, mengutuk atau mengejek penampilan wajah seseorang.

Itulah yang berlaku kepada seorang gadis berusia 21 tahun yang menjadi mậngsa faceshậming ketika dia melakukan live makeup tutorial di media sosial sehingga menjadi viral.

Nurul Janatul Sobah Rajaai, yang menetap di Bagan Datoh, Perak menerima kḛcamận hebat warganet berhubung paras rupanya ketika bersiaran langsung di TikTok, tengah hari kelmarin.

Walaupun dia cuba mengekalkan reaksi dan ketenangannya sepanjang live, akhirnya dia menitiskan air mata apabila orang ramai tidak henti-henti mencemuh penampilannya.

“Saya boleh bersabar lagi jika mereka (warganet) mengecậm fizikal saya tetapi jadi sedih dan marậh apabila ada yang mengaitkan keluarga kerana ayah saya sudah lama meninggal dunia,” kata Nurul Janatul.

Bercerita lanjut, Nurul Janatul berkata, insiden itu berlaku ketika dia berkongsi teknik solekan wajah dengan pengikutnya di aplikasi berkenaan.

“Seperti biasa, saya akan bersembang sementara menunggu lebih ramai pengikut menyertai siaran langsung diadakan.

“Namun, sebelum bermula lagi sesi tutorial sudah ada yang mengecam dan menyamakan wajah saya dengan khῗnzir dan sậmpah.

“Ada juga yang meminta saya menamatkan siaran langsung dan menutup akaun TikTok tetapi paling terkesan apabila seorang warganet mempersoalkan ibu ayah saya tidak mengajar saya.

“Biarpun dikecậm, saya teruskan tutorial dan membersihkan solekan selepas itu sebelum menghentikan siaran langsung selepas sejam.

“Tindakan itu bukan kerana sentap seperti diperkatakan mereka (warganet) tetapi geram apabila ada yang sanggup menghῗna hingga mempermainkan keluarga saya,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nurul Janatul, dia tidak tahu kisahnya itu tular sehingga menerima kiriman mesej daripada seorang pengikutnya di Instagram (IG).

Nurul Janatul berkata, pada mulanya dia memang berhasrat membuat lap0ran p0lis susulan apa yang berlaku.

“Saya dan keluarga ada memeriksa akaun individu terbabit juga sudah dinyahaktif. Malah, keluarga nasihatkan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan lagipun individu terbabit masih bersekolah jadi tidak mahu dia diambil tindakan,” katanya.

Nurul Janatul berkata, dia bukan peniaga alat solek sebaliknya meminati bidang solekan sejak berusia 18 tahun dan ada kalanya membuat ulasan mengenai produk digunakannnya.

“Saya membuka akaun TikTok sejak tiga tahun lalu dan aktif memuat naik pelbagai video secara rakaman serta siaran langsung yang lazimnya berkaitan hobi saya iaitu solekan.

“Memang saya ada menerima komen negậtif sebelum ini namun kelmarin adalah yang paling teruk,” katanya.

Nurul Janatul berharap, sikap menghῗna paras rupa dan bentuk badan seseorang dihentikan dalam kalangan masyarakat.

“Mudah saja, jika sesuatu perkongsian video dan sebagainya tidak kena dengan citarasa anda, abaikan serta jangan tonton.

“Adab kena jaga, kita perlu hormat orang dan jangan sentuh peribadi terutama hal berkaitan keluarga.

“Saya terima apa yang berlaku ini sebagai ujian dan terima kasih kepada semua yang memberi kata semangat termasuk daripada penyanyi Yuna dan Aizat Amdan menerusi ciapan mereka di Twitter,” katanya.

Kedua-dua artis itu menyatakan sokongan dan turut memujinya untuk terus positif serta meminta dirinya mengabaikan sahaja komen yang mencḛmuhnya sebelum ini.