Ibu Kepada Ali Puteh & Arwah Abam Bocey Meningg4l Dunia Di Hospital SeIayang Malam Tadi. Salam takziah buat keluarga

Ibu kepada pelawak, Ali Puteh dan Allahyarham Abam Bocey, Sabariah Arshad dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi, kira-kira jam 11.54 malam di Hospital Selayang.

Memetik laporan Astro Gempak, wakil kepada keluarga Ali berkata, Allahyarhamah telah dimasukkan ke zon kritikal Selasa lalu kerana serangan asma.

Allahyarhamah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana penyakit tersebut, tahun lalu. Allahyarhamah telah ditidurkan dan terpaksa mendapat bantuan dari alat pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU).





Ali dan adik lelakinya dikatakan telah ke hospital untuk urusan membawa pulang jenazah manakala isteri dan kakaknya tinggal di rumah bagi menguruskan keperluan yang sepatutnya.

Rakan-rakan artis turut mengucap takziah kepada Ali sekeluarga, termasuk rakan pelawak, Fad Bocey.


Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Astro Gempak, Instagram Aliputeh, Fad Bocey