Ibu Minta Gadaikan Emas Nak Beli Telefon, Anak Senyap2 Hadiahkan Yang Baru, Siapa Yang Masih Ada Mak Lagi Tu Hargailah Mereka

Setiap anak pastinya berimpian untuk membahagiakan ibu dan bapa. Walau bagaimanapun, bukan semua berkemampuan untuk memberi kemewahan buat orang tua kerana pebagai kekangan.

Namun, usaha kecil yang ditunjukkan dalam mengembirakan hati mereka pasti amat dihargai kerana mengenangkan pemberian dari anak-anak.

Kejutan buat ibu

Menerusi perkongsian seorang pengunaa Tiktok dikenali sebagai bebozainuddin, dia telah menghadiahkan telefon bimbit baharu buat ibunnya.

Dalam video tersebut, jelas reaksi ibu pengguna Tiktok itu sangat gembira sehingga menitiskan air mata kerana tidak menjangkakan akan menerima hadiah daripada anak tersayang.

Minta tolong gadaikan emas sebab nak beli baru

Menerusi video lain, bebozainuddin memaklumkan bahawa ibunya ada memberitahu telefon bimbitnya rosak dan ingin membeli yang baharu. Namun, memintanya menggadai emas kerana tidak mempunyai wang.

Doakan dapat gembirakan ibu lagi

Jadi, dengan hasil berniaga secara online, gadis tersebut berjaya membelikan telefon bimbit baru buat ibunya dan situasi tersebut dirakam dan dimuat naik ke media sosial.

Susulan daripada itu, bebozainuddin berharap agar warganet dapat mendoakannya murah rezeki supaya mampu terus mengubah nasib keluarga dan membahagiakan ibunya.

Hargailah ibu ayah

Oleh itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Tiktok dengan memuji usaha gadis terbabit dalam memberi kegembiraan kepada ibunya.

Mereka juga berasa terharu menonton video tersebut dan terus teringat akan ibu masing-masing.

Saya janji saya akan buat macam ni jugak

Suka tengok video menyentuh hati macam ni

Sumber: bebozainuddin