Inilah Cara-cara Membaca Al-fatihah 41 Kali Bagi Memohon Hajat. RUGI Tak Amal

(*)Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

(*)Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

(*)Sahabat yang di rahmati Allah,

(*)Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat.

Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

(*)Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi,

Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

(*)Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat

(*)Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;

(*)Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

(*)Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

(*)Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.

KEAJAIBAN SURAH AL-FATIHAH JIKA DIAMALKAN SELEPAS SOLAT,SEGALA HAJAT AKAN DIPERMUDAHKAN

urat al-Fatihah adalah salah satu surat dalam al-Qur’an yang disebut sebagai ‘ummul kitab’.Surat al-Fatihah ini memiliki banyak fadhilah dan keutamaan.

Khasiat dan keistimewaan surat al-Fatihah ini sangat banyak dan luar biasa. Mari kita lihat beberapa keterangan dari hadis dan juga para ulama di bawah ini

Rasulullah SAW bersabda: “Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”

Dalam hadits lainnya Rasulullah SAW bersabda: “Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Siapa saja yang membaca surat Al Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci mensucikan lalu diminum.

Ia akan memperoleh ilmu serta hatinya akan dibersihkan dari fikiran yang rosak.

Siapa saja yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT, dan membaca surat Al Fatihah sebanyak 41 kali diantara shalat sunat Subuh dan Shalat fardhu Subuh sampai 40 hari lamanya,

kemudian memohon kepada Allah. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Siapa saja yang membaca surat Al-Fatihah, Al Ikhlas sebanyak 3 kali serta “Mu’awwidzatain” Insya Allah ia akan selamat dari segala hal selain sudah sampai diajalnya (meninggal dunia).

Siapa saja yang mengamalkan surat Al-Fatihah bersama Bismillah diantara Shalat sunnah subuh dan Shalat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah,

InsyaAllah akan doanya akan dikabulkan, jika ia mempunyai hutang mampu membayarnya, jika ia sakit maka akan sembuh, jika ia punya anak maka jadi anak yang saleh dan salehah dengan izin Allah SWT.

Siapa saja yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali seusai shalat Fardhu 5 waktu. Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya,

diberikan kebahagian untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai shalat Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari dan sebaiknya ia panjatkan doa yang berarti:

Amalkanlah Al Fatihah seusai shalat Subuh sebanyak 125 kali dan panjatkan doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya,

sehingga dimudahkan bagiku semua urusanku, apakah urusan dunia atau urusan akhirat, sehingga dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku”.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.

Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat,

karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah,

sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang kuhajati”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis shalat Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah SWT”

Surat Al-Fatihah dapat mengobati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Ikhtiar mengobati penyakit: Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh tubuh, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

Usaha menghilangkan sifat lupa: Tuliskan surat Al-Fatihah dalam huruf Arab pada kotak yang berwarna putih dan suci kemudian sapulah dengan air dan berikan kepada orang yang lupa minum, maka hilanglah sifat lupanya dengan izin Allah swt. .

Jika disengat kala jengking: Ambil tempat yang bersih dan isi dengan air suci dan beri sedikit garam kemudian baca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian beri orang yang disengat itu minum, insyaAllah sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letak jari di tempat yang sakit kemudian baca Al-Fatihah dan berdoa 7 kali:

“Ya Allah, hilangkanlah keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi Mu yang jujur ​​(al-Amin) dan tetaplah di sisi-Mu”.

Mengubati penyakit gigi orang lain: selepas membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali: “Ya Allah, hilangkanlah dari orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi Mu yang jujur ​​(al Amin) dan tetaplah di sisiMu”.

Khasiat dan khasiat Surah Al-Fatihah adalah menyembuhkan penyakit mata kabur (rabun).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mengubati kelemahan penglihatannya (kabur/rabun) maka hendaklah dia melakukan:

Melihat bulan di awal bulan, jika tidak nampak atau terhalang oleh awan dan lain-lain, buatlah pada malam kedua, juga tidak boleh, cuba pada malam ketiga atau seterusnya sehingga nampak bulan.

Apabila sudah nampak, hendaklah dia menyapu tangan kanannya ke atas matanya dengan membaca Al-Fatihah 10 kali.

Selepas itu bacalah doa ini sebanyak 7 kali: “Al-Fatihah adalah penawar segala penyakit dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai rahmat.
mengambil berat.”

Kemudian sebut “Yaa Rabbi” 5 kali.

Akhir sekali baca doa ini sekali: “Ya Allah sembuhkanlah, Engkau yang menyembuhkan, Ya Allah sembuhkanlah, Engkau yang menyembuhkan”.

Wallahualam.

Sahabat, beberapa penjelasan di atas tentang kelebihan, keajaiban dan keistimewaan Al Fatihah adalah luar biasa dan boleh diamalkan setiap hari. Tak susah kawan nak amalkan Al Fatihah.

Untuk pengetahuan, setiap Surah Al-Quran mempunyai keistimewaan tersendiri, kerana Al-Quran adalah kalam Allah SWT dan kitab umat Islam. Semoga bermanfaat untuk sahabat semua. Jazakumullah