Inilah Rahsia Disebalik Amalan Zikir Fatimah Yang Rasulullah Ajarkan Khusus Kepada Wanita

Rahsia Disebalik Amalan Zikir Fatimah Yang Rasulullah Ajarkan Khusus Kepada Wanita
Tanggungjawab sebagai suri rumah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Tambahan pula jika wanita itu merupakan seorang isteri yang berkerjaya. Siangnya kerja d pejabat, malamnya pula kerja di rumah. Ditambah lagi dengan mengurus anak-anak. Tak hairanlah jika ramai wanita yang mengeluh kerana bebanan tugas.

Nabi SAW telah memberikan tips bagi wanita yang penat bekerja seharian agar badan akan menjadi segar pada keesokan harinya. Amalkanlah zikir Fatimah yang dikaitkan kisah Rasulullah s.a.w dan anaknya Saiditina Fatimah yang dapat mengurangkan keletihan badan.

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN ANAK PEREMPUANNYA

Bagi mengatasi kepenatan semasa melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata : “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

Alangkah baiknya jika amalan ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca:

ZIKIR FATIMAH

‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Demikianlah amalan yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada puterinya dan umumnya kepada sekalian manusia. Sebarkanlah sesuai dengan pesan Nabi “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian. Wassalam..

Sumber: siraplimau.com via islamituindah

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat