Isu Lama Dah Selesai, Carl Samsudin Minta Artis & Influencer Datang Mohon Maaf

Nama usahawan dan influencer, Carl Samsudin baru-baru ini telah tular susulan satu video yang mendakwa dirinya berkata dengan nada yang kasar dengan seorang warga emas.

Selepas teruk dihent4m netizen berkaitan hal tersebut, usahawan tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan berjumpa langsung dengan pakcik tersebut.

Selesai isu itu, Carl Samsudin kembali menjadi perbualan semula apabila salah seorang stafnya didkwa telah membuat provokasi terhadap pasangan influencer yang dikatakan pernah ‘berseteru’ dengannya sehingga naik turun mahkamah.

Namun, atas bantuan Pengerusi Persatuan Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi, permasalahan mereka yang telah lama berlangsung dilihat sudah menemui jalan penyelesaian apabila masing-masing telah saling ‘mention’ di Instagram.

Dalam pada itu, Carl Samsudin turut telah memuat naik perkongsian di Instagramnya memaklumkan isu 3 tahun lepas sudah ‘settle’.

Jadi, dia berharap agar mana-mana pihak yang menfitnahnya supaya berhenti untuk melakukan perkara tak berfaedah itu.

Dia juga meminta agar mereka yang menfitnahnya berfikir dari sekarang bagaimana untuk bertemu dengannya bagi meminta maaf.

Carl Samsudin juga meminta agar mana-mana artis atau influencer yang pernah berkata buruk terhadapnya untuk merancang bertemu dengannya serta team selepas didakwa pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar sebelum ini.

Hal ini pastinya membuatkan warganet meninggalkan pelbagai komen di ruangan Instagram usahawan berkenaan. Ada yang menegur tindakan Carl,

yang dilihat seakan sombong kerana mengharapkan orang lain memohon maaf dan ada juga yang menyokong tindakan usahawan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Sumber: OMM