Jika Kena Tindih Waktu Tidur Apa Yang Anda Perlu Buat. Inilah Caranya Yang Ustaz Bagi Tahu.

Tiba-tiba kita terjaga tengah malam itu biasa. Tapi kali ini rasa lain macam dan meremang bulu roma. Payah nak buka mata, rasa sesak di dada, tak dapat nak bangun dari tempat tidur,

nak menjerit pun tak boleh. Puas kita meronta tapi badan tak mampu digerakkan, suara pula seolah-olah tersekat dan tak dapat keluar walau kita sedaya-upaya cuba berteriak. Inilah yang orang kita selalu gelar ‘kena tindih’.

Dari sudut sains, fenomena ini disebut sebagai sleep paralysis. Ia sememangnya menakutkan tetapi ia bukanlah sesuatu yang asing kerana kajian menunjukkan 40% daripada kita pernah mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan cemas ,setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. insyaAllah disini ada beberapa tips untuk anda:

#1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati, Allah sebanyak-banyaknya, kemudian hembuskan perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.

#2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.

#3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.

#4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan-lahan sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.

#5. Ubah posisi tidur.

Cara Mengelakkan Ditindih.

#1. Kibas tilam sebelum tidur

#2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur

#3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,

(berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)

#4. Membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh

#5. Membaca ayat kursi sebelum tidur

#6. Istighfar

#7. Bismillah 21 kali

#8. Tidur dilambung kanan

#9. Jangan Tidur Terlentang

InsyaAllah ikhtiar

Menurut pakar, tindakan terbaik untuk dilakukan apabila seseorang yang mengalami sleep paralysis adalah bertenang kerana ia dapat mengurangkan rasa panik atau terancam.

Jika gangguan ini sering berlaku, jangan berasa malu mendapatkan bantuan daripada doktor. Doktor akan membuat analisis terhadap cara tidur anda serta apa yang berlaku semasa anda tidur untuk mengenalpasti punca sebenarnya.

Dah baca habis? Jom like page MediaPortal Press