Jodoh di4tur anak tiri, MakWan b4kal tamatk4n zaman solo bulan depan

Benarlah ungkapan jodoh, pertemuan, rezeki dan aj4l di tangan Tuhan. Siapa sangka di usia emas, dramatis Halimaton Saadiah atau lebih dikenali dengan nama Mak Wan Latah bakal bertemu jodoh sekali lagi.

Dirisik keluarga pihak lelaki yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, bulan lalu, Mak Wan, 60, memilih tarikh 15 Januari depan untuk majlis ijab kabul yang akan berlangsung di kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Manakala, majlis resepsi Mak Wan bersama bakal suami yang berusia 72 tahun dijangka berlangsung pada 29 Januari depan di sebelah pihak lelaki.

Teruja dan gementar, Mak Wan yang sudah hampir tujuh tahun hidup sendirian terharu doa yang dititipkan setiap hari akhirnya dimakbulkan Tuhan.

“Saya tinggal sendirian dan sering tidak sih4t kerana menghidap kencing manis, dar4h tinggi dan sem.put. Jadi, saya sering meminta kepada Allah agar menghadirkan seorang lelaki buat saya sebagai peneman.

“Anak-anak sudah berumah tangga, jadi saya tidak mahu menyusahkan mereka. Saya sangat terharu hingga menitiskan air mata kerana Allah mendengar doa saya selama ini, ”katanya seperti dipetik BH online.

Ketika ditanya detik perkenalan dengan bakal suami, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkongsi, pertemuan diatur oleh rakan yang dikenali sebagai Datuk Lina.

“Lina bersahabat dengan bakal anak tiri, Zaiton. Zaiton memberitahu Lina yang suka melihat lakonan saya, nampak lembut dan baik di kaca televisyen.

“Sekarang. Kali pertama bertemu, Zaiton tidak menyatakan hasrat menjodohkan saya dengan bapanya.

“Dua hari kemudian, barulah Zaitan berterus-terang. Namun, saya tidak terus memberikan jawapan, sebaliknya sehingga sebulan kemudian dia kembali bertanya.

“Lina menasihatkan saya untuk menerima, memandangkan saya tinggal sendirian dan sering tidak sih4t,” katanya.

Mak Wan berkata sebelum disseik, dia telah berbincang dahulu bersama adik beradik dan anak-anaknya.

“Ikut perancangan mereka datang datang merisik sahaja, tetapi tidak sangka pula turut membawa dulang hantaran bersama”

Tambah Mak Wan, pihak lelaki ingin mengadakan majlis pernikahan, tetapi dia masih terikat dengan beberapa penggambaran, jadi majlis ditangguh sehingga Januari.

Pelakon filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas itu berkata, dia pernah menemui bakal suaminya sekali sahaja, lebih-lebih lagi banyak berhubung menerusi telefon.

“Kami berjumpa, itu pun sekali. Bagi saya, jika ingin bertemu tunggulah sehingga s4h sebagai suami isteri, tetapi kami selalu berhubung. Boleh dikatakan setiap hari selepas Subuh bakal suami akan menghubungi saya.

“Dia sering mengambil inisiatif menghubungi saya kerana kebiasaannya, sibuk dengan penggambaran. Ada masa, saya tidak berkesempatan menjawab panggilan telefon.

“Awal dahulu, dia kurang faham, tetapi mula memahaminya selepas saya menjelaskan senario kerja saya.

“Bakal anak tiri ada meminta saya memperlahankan aktiviti lakonan, tetapi saya sudah jelaskan pada suami yang saya perlu bekerja kerana terikat komitmen.

“Alhamdulillah, bakal suami memahami. Jadi, saya akan berulang kali antara Kuala Pilah dan Kuala Lumpur selepas berkahwin nanti, ”kata Mak Wan.

Mak Wan berkata, dia kini terpaksa memikirkan kembali rutin sebagai isteri seperti menyediakan makan dan pakaian untuk suami selepas hampir tujuh tahun hidup secara solo.

“Saya sudah biasa hidup solo selama hampir tujuh tahun, jadi mungkin agak kekok kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Saya perlu sediakan makanan sebelum keluar bekerja.

“Apa pun, saya bersyukur kerana tidak sangka masih ada orang yang sayang dan sukakan saya pada usia sebegini. Saya terha.ru, masih ada yang mahu menjadikan saya sebagai ibu mereka, inilah nikmat yang perlu disyukuri.

“Saya berterima kasih kepada adik beradik dan anak-anak kerana merestui keputusan saya kembali berumah tangga. Dan jangan lupa buat Zaiton yang menyediakan segala kelengkapan pada majlis merisik, ”katanya.

Sumber: BH