Jual ‘Sejadah Doa Makbul’ , Netizen Tvduh Dato’ Seri Vida Guna Ag4ma Untuk Marketing?

Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida sememangnya menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk menjalankan perniagaannya.

Kali ini, beliau telah mempromosikan sejadah keluaran sendiri dengan menamakan sejadah itu sebagai ‘Sejadah Makbul Doa’ yang diinspirasikan daripada kerinduannya terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Mekah.

Walau bagaimanapun, nama sejadah keluaran Dato Vida telah mendapat kr1tikan daripada netizen susulan memberi persepsi yang dianggap kurang baik kerana merasakan tindakan tersebut sebagai salah satu ‘marketing’ menggunakan ag4ma.

Pengguna Twitter dikenali sebagai @H_Bakkaniy memuat naik persoalan di media sosialnya dengan mempertanyakan nama sejadah tersebut kerana tiada jaminan atau dkwaan sejadah ‘khas’ untuk memakbulkan sesuatu doa.

Jika ada yang mempercayai perkara berkenaan, tindakan tersebut boleh dianggap khur4fat.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mengandaikan bahawa pihak beliau sengaja memberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’ bagi menarik perhatian netizen dan sekaligus menjadi ‘marketing’ percuma untuknya.

Namun begitu, ramai juga yang menuduh usahawan tersebut sebagai ‘penunggang ag4ma’ kerana mengelirukan pembeli susulan penggunaan nama yang dianggap tidak bersesuaian disebabkan boleh mengundang salah faham.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang maklum balas daripada Dato’ Seri Vida susulan d4kwaan tersebut dan beliau masih lagi seperti biasa mempromosikan jualan sejadah yang baru diperkenalkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: OMM