K𝖊hidupan Yang S𝖊rba Kekurangan, Namun Kaya Di Sisi Allah SWT. Semoga Tok Ayah Dilindungi Dan Dirahmati

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 sedikit sebayak telah menjejaskan kehidupan masyarakat terutamanya mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Walaupun dihim pit kesusahan, golongan ini tidak sedikit pun diabaikan malah sentiasa dibantu pelbagai pihak dan sukarelawan dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini, sukarelawan Thirdforce berkesempatan mengunjungi seorang warga emas yang tinggal di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan yang hidup sebatang kara dan serba kekurangan.

Warga emas yang mesra disapa Tok Ayah Awang itu tinggal seorang diri dalam sebuah pondok yang serba daif. Malah, kediaman Tok Ayah hanya berlantaikan tanah sahaja sementara dapur untuk memasak cuma menggunakan kayu dan arang sahaja.


Namun, apa yang menyentuh hati adalah wajah tenang Tok Ayah yang sentiasa dengan senyuman seolah-olah dia begitu bahagia mejalani kehidupan walaupun serba kekurangan.

Di satu penjuru rumahnya dapat dilihat beberapa kitab agama tersusun rapi yang diletakkan berhampiran ruangan solat bersama satu sejadah usang.


Melihata raut wajah lelaki tua ini, nampak tenang dan bahagia menjalani sisa-sisa hidupnya dengan diisi dengan ilmu dan ibadah, telah menyentuh hati ramai.

Golongan warga emas seperti Tok Ayah hanya mampu mengharapkan bantuan tiba, dengan tiada sumber komunikasi mereka sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan maklumat berkenaan dana yang disalurkan.

Sumber: Portal Islamik

Pihak Portal Islamik tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Oscar’s Oasis Ya.

Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: