Kan4k-kanak hidap bar4h otak meningg4l duni4,‘Syurga buatmu dik’

SEORANG kanak-kanak, Nurul Adira Asheera Abdullah yang dipercayai menghidap bar4h otak dan lumpuh seluruh anggota badan dilaporkan meningg4l dunia di Hospital Teluk Intan pagi tadi.

Menerusi laman Facebook, rakan kepada ibu Allahyarham memuat naik sebuah posting memaklumkan berita duka itu kepada orang ramai yang telah sudi menghulurkan sumbangan sebelum ini.

Az Niena berkata, ibu Allahyarham turut berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan Adira sehingga kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menghembuskan nafas terakhir.

“Assalamualaikum, saya Nina kawan kepada ibu Nurul Adira Asheera Abdullah iaitu Neyna Aat ingin memaklumkan bahawa Nurul Adira telah kembali kerahmatullah sebentar tadi..

“Mohon kongsi untuk semua dapat maklumat ni.. terima kasih pada semua yang tak putus2 berdoa buat Adira dan keluarga serta tak lupa juga pada semua yang sudi bagi sumbangan buat Adira,” tulisnya.

Terdahulu, Az Niena berkongsi sebuah posting yang memohon bantuan orang ramai untuk keperluan Allahyarham seperti susu dan lampin pakai buang.

Kans3r Otak

Kans3r otak (tumor otak) yang juga dikenali dengan nama intracranial neoplasm terjadi apabila terdapat sel-sel yang tidak normal wujud di dalam otak.

Terdapat dua jenis ketumbuhan pada kawasan otak: malignant (ketumbuhan jenis kans3r) dan juga benign. Tumor jenis kanser (malignant) yang bermula pada bahagian otak dikategorikan sebagai tumor utama,

(tumor primer) dan biasanya akan merebak ke bahagian lain dalam tubuh, manakala tumor kedua (tumor sekunder) adalah kanser yang bermula dari organ lain sebelum menjangkiti otak, ianya turut dikenali dengan tumor otak metastasis.

Kesemua jenis tumor otak ini akan menghasilkan gelaja yang berbeza, bergantung kepada bahagian otak yang terkena serangan, gejala ini termasuklah sawan, sakit kepala, masalah penglihatan, muntah-muntah,

perubahan mental seperti hilang ingatan serta perubahan personaliti. Tanda-tanda awal kanser otak ini adalah sakit kepala, terutamanya yang bersangatan pada waktu pagi dan biasanya akan berkurangan atau hilang selepas muntah,

tanda-tanda ini akan lebih jelas apabila terjadinya simptom seperti: kesukaran berjalan (hilang kawalan timbangan) kesukaran bercakap serta kesukaran merasa (sentuhan serta kepekaan terhadap haba).

Kans3r otak tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas sewaktu permulaan terjadi ketumbuhan, oleh itu kebanyakkan daripada pesakit tidak menyedari,

akan kehadirannya sehinggalah ianya mencapai tahap boleh dikesan melalui teknik imbasan CT atau melalui kaedah biopsi.

Penyebab

Antara penyebab utama kanser jenis ini masih lagi samar-samar, namun mengikut data yang dikumpul, penyakit ini boleh terkena kepada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mengidap kanser otak,

pendedahan kepada klorida yang berterusan, merokok, virus Epstein-Barr serta pendedahan kepada radiasi secara berterusan, walau bagaimana pun, tidak ada bukti kukuh terhadap pendedahan radiasi daripada telefon bimbit.

Contoh tumor yang tumbuh pada bahagian otak, diimbas melalui imbasan CT.

Jenis-jenis serangan

Antara jenis-jenis tumor utama yang biasanya menyerang orang dewasa adalah meningiomas. Ketumbuhan ini biasanya jenis benign (bukan kanser) namun kehadirannya pada bahagian otak sangat menjejaskan kemampuan,

inidividu di dalam melakukan tugasan harian dan ianya perlu dirawat dengan segera. Pada kanak-kanak pula, ketumbuhan yang paling biasa,

menyerang bahagian otak dikenali dengan nama malignant medulloblastoma dan ianya merupakan ketumbuhan jenis kanser.

Kebanyakkan daripada kans3r otak adalah kanser kedua, ianya berj4ngkit melalui organ lain yang telah terkena kanser. Kira-kira separuh daripada kes kanser otak,

metastasis (otak yang dijangkiti) adalah berjangkit daripada paru-paru yang mempunyai sel kans3r. Statistik menunjukkan terdapat sekitar 250,000 orang mengidap tumor otak setiap tahun.

Dalam sesetengah kes, kans3r otak yang teruk juga boleh menjangkiti tulang belakang. Secara umumnya, kanser otak dinilai bermula daripada tahap 1 sehingga 4,

tahap ini akan diklasifikasikan mengikut tahap kecepatan mereka berkembang, dan bagaimana mereka menyerang kembali (second attack) selepas rawatan terakhir.

Arkib Berita Minggu, Utusan Malaysia. 17/8/1998

Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. via:transformasi

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.