‘Kat Sini Kalau Positif Kena Kuarantin Sendiri, Kalau Dah Nak Mậti Baru Boleh Pergi Hospital, Beruntung Kat Malaysia..’ Atlet Negara Positif Covid

Bukan permulaan tahun baru 2021 yang baik buat atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin apabila mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Pemegang rekod kebangsaan yang kini menjalani latihan di Leipzig, Jerman itu memaklumkan beliau menjalani ujian calitan pada Selasa dan disahkan positif selepas mendapat keputusan ujian pada keesokan harinya.

“Selasa lalu badan rasa tak sedap. Alang-alang insurans dekat sini ada perlindungan ujian swab corona (Covid-19), jadi saya buatlah ujian. Semalam (kelmarin)

keputusan keluar positif,” katanya yang memenangi pingat emas empat kali berturut-turut pada empat temasya Sukan Sea berbeza dengan yang terakhir di Filipina tahun lalu.

Anak jati Negeri Sembilan itu berkata susulan keputusan ujian berkenaan, beliau mengambil keputusan menjalani kuarantin kendiri di rumah,

namun tidak menyatakan tempoh kuarantin berkenaan. Katanya, situasi di sana jauh berbeza berbanding di Malaysia yang disifatkannya lebih baik.

“Dekat sini kalau positif kena kuarantin sendiri dekat rumah. Kalau dah nak mậti baru boleh pergi hospital. Beruntunglah siapa yang kena Covid dekat Malaysia. Positif je terus ambulans datang angkut walaupun korang rasa OK,” katanya.

Irfan menjadi atlet kedua negara yang disahkan positif c0vid-19, selepas jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong muncul atlet pertama negara dijangkiti wabak itu.

Dia terpaksa ditahan di Hospital Sibu selama 73 hari sebelum dibenarkan untuk keluar dari hospital.

Muhammad Irfan adalah pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.55 meter (m) yang dilakar pada kejohanan olahraga Austrian Top Meeting 2017.

Beliau turut mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali keempat berturut-turut sejak edisi 2013 di Myanmar selepas melakar balingan sejauh 57.29 meter pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk S M Muthu ketika dihubungi Bernama memaklumkan, badan induk itu bersedia menghulurkan bantuan sewajarnya kepada Muhammad Irfan.

Beliau berkata Muhammad Irfan mendapat kebenaran menjalani latihan di Jerman selepas mendapat lampu hijau daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).