Kawalan PGA Lancarkan Operasi Tebang, Musn4h Iadang Durian Har4m

RAUB: Operasi tebang dan musn4h ladang durian har4m dalam Hutan Simpan Batu Talam di sini, berjalan lancar hari ini susulan kehadiran anggota polis daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sebelum ini, prov0kasi melampau pekebun yang mencer0boh hutan itu pada hari kedua operasi menyebabkan per4saan bimbang mengh4ntui petugas yang terb4bit dalam usaha tebang dan musn4h tanaman itu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad, menyifatkan keh4diran lebih ramai anggota PGA mulai semalam, seolah-olah menyuntik semangat baharu kepada penebang dan petugas lain.

Beliau difahamkan, seramai 30 anggota PGA menyertai operasi itu mulai semalam dan hari ini seramai 30 lagi turut sama bergabung menjaga keselamatan petugas yang berada di dalam Hutan Simpan Batu Talam.

Katanya, anggota polis dan PGA turut mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama masuk ke kawasan terb4bit, selain kawalan membabitkan jambatan konkrit yang sebelum ini dua kali dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap operasi kini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak dan prov0kasi oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang lagi.

“Hari ini juga kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP daripada beberapa daerah untuk turut sama menyertai operasi musn4h, menjadi kira-kira 65 petugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Azirim yang turut menyertai operasi itu, berkata kehadiran anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) melancarkan lagi aktiviti menebang pokok durian kerana mereka berkemahiran tinggi dan mempunyai lebih kelengkapan.

Beliau berkata, pihaknya berharap operasi musn4h kebun durian Musang King yang ditanam secara har4m dalam Hutan Simpan Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar dapat diselesaikan secepat mungkin lebih awal yang tetapkan sebelum ini.

sumber: BH

Pihak PaduMedia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya,

menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Padu Media