Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad tampil berhijab bermula pada hari Maal Hijrah iaitu Selasa.
Menerusi ruangan Instagram, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin memuat naik foto dengan imej terbarunya namun telah menutup ruangan komen bagi perkongsian tersebut.
Menurut Elizad, dia menerima banyak komen yang berunsur kecaman daripada wargamaya yang menegur penampilan hijabnya yang menampakkan bahagian leher.
“Allahuakbar, elok je ustaz dan ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqomah. Yang beberapa netijen ni, ada jeee tak kena.
“Ya, tahu. Belum sempurna. Jadi terima kasih di atas komen-komen, yang serba serbi tak kena. Sajelah nak pesan. Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain.
Terima kasih juga buat semua yang komen dengan ucapan, doa dan kata-kata yang baik,” tulis Elizad di ruangan IG Story.
Menerusi perkongsian tersebut, Eliza mengenakan hijab dengan gaya turban dan dipadankan bersama kemeja biru.
Dia turut berkongsi beberapa foto dengan imej terbarunya daripada hari pertama berhijab, hari kedua, hari ketiga dan memasuki hari keempat pada hari ini.
Malah Elizad turut meninggalkan kata-kata berbentuk motivasi untuknya tampil berhijab dengan sempurna pada suatu hari kelak.
“Slowly but surely,” tulisnya lagi.
Sumbar: Portal Islamik
Pihak Portal Islamik tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Oscar’s Oasis Ya.
Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: