Khabar Duk̷a, Veteran ATM Per̷ang Dunia Kedua, Ujang Mormin Meningg̷aI Duni̷a.

Veteran Pe.r4ng Dunia Kedua Prebet Ujang Mormin, 100, mningg4l dvnia di Hospital Sungai Buloh, Selangor lewat petang tadi.

Berita duka itu disahkan cucu saudara perempuannya Lailawati Jamil, 59, ketika dihubungi Bernama di sini, yang berkata arwh mening.g4l dunia pada 5.05 petang.

Menurutnya, Allahyarham Ujang yang dipanggil atuk itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Jan lalu selepas dikesan positif COVID-19.

“Pihak hospital telefon saya empat hari lepas memaklumkan arwh sudah kritikal, dan sejak dari itu setiap hari saya mengikuti perkembangan keadaannya menerusi panggilan video dan semalam pun saya sempat tanya keadaan atuk lagi.

“Sebelum ini arwh ada meluahkan kerinduan untuk berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan, seakan-akan arwh tahu masanya dah tiba, tapi kerana keadaan COVID-19 ketika ini kami tidak dapat menziarahinya, saya rasa agak terkilan,” katanya.

Lailawati berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Allahyarham ialah pada awal Januari lepas di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Menyifatkan arwh sebagai seorang yang baik hati, pemaaf dan senang berkawan dengan orang ramai, Lailawati berkata kematian Allahyarham merupakan satu kehi.l4ngan besar kepada keluarganya.

Menurutnya, urusan mandi, mengkafankan dan solat jen4zah diatur oleh pihak Kementerian Kesihatan di Hospital Sungai Buloh kira-kira 9 pagi esok dan dijangka dikebumikan di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) P0rt D1ckson pada tengah hari.

Allahyarham Ujang yang berasal dari Kampung Kundur, Rembau pernah bersama-sama legenda w1ra per4.ng Allahyarham Lt. Adnan Saidi ketika menent4ng tentera J3pun.

sumber: BERN